Pejabat LEGO Denmark Edisi 1 - RED Mafla


Hari ini kami di Red Mafla sangat teruja bila dapat tengok gambar - gambar yang  menunjukkan beberapa ruang pejabat LEGO di Denmark . Direka oleh Rosan Bosch, ruang dan suasananya yang sangat mengkagumkan, ianya adalah di  LEGO.

Terletak di Billund, Denmark, pejabat ini telah direka dengan nilai-nilai dan unsur -unsur yang 'menyeronokkan', 'perpaduan', 'kreativiti' , 'inovasi', 'imaginasi', dan juga 'kemampuan' dalam fikiran !. Apabila kerja di LEGO, anda 'wajib' untuk bersifat ceria serta mewujudkan persekitaran di mana semua idea akan 'bersilang-silang' sampai ke otak dan fikir di luar kotak ? Kesimpulannya di situ ,dapatkan idea yang lebih menarik, ianya merupakan satu matlamat yang sangat penting!

Arkitek menggambarkan salah satu cara untuk membuat persekitaran yang menarik dengan menggunakan skala :

" Idea skala dicabar dengan unsur-unsur reka bentuk grafik seperti rumput di dinding besar , seorang lelaki LEGO gergasi dan jadual dibina di taman-taman bonsai. Semuanya bermain di fikiran, yang mana skala kecil, dan yang mana skala besar ? Jika tidak berhenti bekerja dan bila pula  imaginasi akan bermula?"  ~pening katanya~...

'' Jika tidak berhenti bekerja dan bila pula imaginasi akan bermula ?'' kata - kata terbaik minggu ini di RED Mafla !  . ok seterusnya, susun atur LEGO juga membolehkan mereka semua untuk mudah bekerjasama dan bermesyuarat secara tidak formal yang diadakan di pusat bangunan. Haruslah lebih fokus, dan hasil kerja individu-individu di LEGO turut mengikut kepada perimeter masing - masing ;~ terbaik ~. 

Pejabat ini  juga diterangi oleh cahaya semulajadi matahari yang cukup sempurna untuk persekitaran yang sangat kreatif. Ditambah dengan terowong gelongsor yang besar dari tingkat atas menuju ke ruang untuk berkumpul sambil menyanyikan lagu 
'' Apa yang penting, KERJASAMA ! . . .'' ~ - RED Mafla

p/s - Klik [10gambar] untuk paparan yang lebih besar.
























Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top