Filem Yang Sangat Touching kecuali pada yang tak ada perasaan LOL! - RED Mafla

Filem ini mengisahkan dua adik beradik yang menghadapi kepayahan hidup. Adik perempuan Ali banyak bergantung kepada abangnya itu. Ayah dan ibunya juga memberi sepenuhnya kepercayaan kepada Ali dalam segala hal. Pada suatu hari, tidak disangka-sangka, kasut adiknya yang baru dihantar untuk di jahit telah hilang. Ali tidak memberitahu bapanya akan kehilangan kasut adiknya itu. 

Dari situlah bermulanya kisah kecekalan dua beradik ini mengharungi dugaan. Mereka terpaksa berlari dan bertukar kasut untuk pergi ke sekolah. Ali menyertai pertandingan acara larian dan berjanji kepada adiknya jika dia dapat tempat yang ketiga, dia akan mendapat hadiah kasut dan akan memberi kepada adiknya itu. Serius daku katakan filem ini sangat menyentuh perasaan!. Alhamdulillah aku tidaklah sesusah itu sungguhpun banyak dugaan yang aku hadapi. #feeling sedih jap !

Baiklah, aku post trailer filem Children Of Heaven ni dek kerna iklan raya 2013 dari JKKN Sabah yang bertajuk Kasut Buruk sebenarnya. Ada juga yang komen 'ciplak?' di ruang komentar di Youtube pada video berkenaan. Ya, sungguhpun jalan cerita sama, bagi aku tak ada salahnya jika kita meniru dengan niat untuk mengasah bakat kita untuk menjadi yang lebih baik. Seperti bayi yang baru lahir, mana kan kita terus berjalan ?. 

Contohnya seperti uncle Stephen Chow @ Chow Sing Chi , beliau banyak terlibat dengan filem parody, tapi lama kelamaan dia dapat menghasilkan filem yang terbaik dan mendapat pelbagai anugerah. Maksud saya di sini adalah, bermulanya dengan parody, ( kecuali parody pakai towel depan webcam! LOLZ! ) walaupun nak membahan sesuatu filem lain ataupun tiru+ciplak, tak mustahil suatu hari nanti kita akan menghasilkan karya dari idea kita sendiri. Positifkan diri anda ! jyeah! - RED Mafla

#Michael Bay pun banyak scene ciplak, ok je dapat gak melantak udang galah besor warna oren yang besar betis tu ! -Time puasa ni imaginasi kalau berkaitan makanan tahap A+++ ! perghhhh!

#tapi kalau barang tiruan, aku pun marah! LOL !

Ali

Adik perempuan Ali
Trailer for "Children of Heaven"
Children of Heaven (5/11) Movie CLIP - What Is It, Little Girl? (1997)


Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top