Trailer: Carrie

Filem Carrie yang sedang ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia ketika ini (okt 2013), adalah sebuah filem yang di bikin semula berdasarkan dari sebuah novel tulisan novelis seram terkenal di Amerika, Stephen King. Apabila sesebuah filem itu di filemkan semula, sudah tentu akan ada perbandingan diantara yang asal dan yang baru, dan filem ini tidak terkecuali darinya. Tidak beberapa mengenali dengan nama pengarah filem ini, Kimberly Peirce, tetapi beliau bijak untuk memilih barisan pelakon yang mantap bagi filem ini, dengan watak utama diberikan kepada Julianne Moore (Margaret White) dan Chloe Grace Moretz (Carrie White).

Best Scene

The Power of Anger
Lakonan Moore benar-benar terkesan apabila melakonkan watak sebagai ibu yang berpegang kepada agama tetapi kurang siuman, dan seperti biasa untuk lakonannya sebelum ini, dia amat menakutkan, amat menggerunkan!  Dia mempunyai pendangan tajam yang boleh membuatkan kamu menjadi kecut, dan sudah pasti tidak akan mencari pasal dengannya.

Moretz pula berjaya menghidupkan  watak sebagai Carrie dan watak ini memang sesuai untuk dirinya. Carrie mempunyai sisi yang mudah untuk kita simpati dan ingin mengetahui apa yang berlaku kepada dirinya, sesuatu yang saya sukakan mengenai filem ini. Didalam versi asal, Carrie dipaparkan sebagai seorang yang menakutkan, dan tidak mudah untuk didekati. Manakala didalam versi yang baru ini, penonton dapat menjiwai dirinya dengan lebih mendalam lagi, dan ianya amat teruk sekali apabila melihat apa yang terjadi kepada Carrie tidak seperti yang kamu harapkan. Penonton sudah pasti boleh mengagak apa yang akan berlaku dipenghujungnya.

Secara dasarnya saya menyifatkan filem ini adalah lebih baik dari yang asal, dan ini amat-amat jarang berlaku kepada sesetengah filem yang dibikin semula. Banyak adegan yang memeranjatkan, dan saya dapat melihat penonton yang lain juga telah terhibur dengan filem ini. Kepada sesiapa yang meminati filem yang berunsur seram, dan menantikan filem yang benar-benar bagus, filem ini mungkin dapat merealisasikan keinginan kamu.





Versi baru - pembuli menggunakan iPhone untuk merakam video

Ibu yang kurang siuman

Tenungan yang tajam boleh membuatkan kamu terpikat

Carrie sedang mempraktikan kuasa psychic yang ada didalam dirinya

Ini lah kuasa ku!

Adegan yang terbaik menahan sebuah kereta dengan menggunakan kuasanya

Masa untuk membalas dendam!

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top