6 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

Mereka ini bukan sahaja pembunuh bersiri terkenal, tetapi mereka ini adalah sebahagian daripada pembunuh yang paling ngeri dan telah didapati bersalah ke atas jenayah mereka. Mereka yang tersenarai ini adalah samada kerana sifat jenayah, atau jumlah pembunuhan yang dilakukan. Tidak disenaraikan mengikut populariti atau kekejaman, tetapi secara rawak.

6

Joachim Kroll, Lahir Pada 1933

Kroll adalah seorang pembunuh bersiri Jerman dan seorang kanibal. Beliau dikenali sebagai Ruhr kanibal, dan Duisburg Man-Eater. Beliau telah disabitkan atas lapan pembunuhan tetapi membuat pengakuan telah membunuh seramai 13 orang.

Pada 3 Julai 1976, Kroll telah ditangkap keran menculik dan membunuh seorang gadis berusia empat tahun bernama Marion Ketter. Ketika pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dengan menyoal dari rumah ke rumah, salah seorang dari mereka mengadu bahawa sistem paip di dalam bangunan apartmennya telah tersumbat, dan telah bertanya kepada jirannya, Kroll, samada dia tahu apa yang telah menyekat saluran paip tersebut, dan Kroll hanya menjawab "Keberanian." Apabila menerima laporan ini, polis terus menyerbu ke apartmen Kroll dan menemui tubuh Ketter yang telah dipotong: beberapa bahagian berada di dalam peti sejuk, tangan yang sedang dimasak di dalam periuk dan apa yang terperangkap di dalam saluran paip itu adalah usus kanak-kanak tersebut.

Kroll berkata beliau sering menghiris bahagian daging mangsa untuk dimasak dan memakannya, dan mendakwa untuk menjimatkan kos sara hidupnya. Pada bulan April 1982, selepas 151 hari perbicaraan, beliau telah disabitkan atas semua tuduhan dan telah dihukum penjara seumur hidup selama 9 kehidupan. Beliau mati pada tahun 1991 di penjara Rheinbach akibat serangan jantung.
5

Andrei Chikatilo, Lahir Pada 1936

Andrei Chikatilo merupakan pembunuh bersiri dari Ukraine, dikenali dengan nama samaran 'Butcher of Rostov' dan 'The Red Ripper'. Beliau telah disabitkan dengan kesalahan membunuh 53 wanita dan kanak-kanak bermula pada 1978 sehingga 1990. Chikatilo berpindah ke Shakhty, sebuah lombong arang batu di bandar kevil berdekatan Rostov, di mana tempat pertama beliau membunuh. Pada bulan Disember, beliau telah memperdayakan seorang kanak-kanak berumur 9 tahun untuk pergi ke rumahnya dan cuba merogolnya. Apabila kanak-kanak tersebut melawan, Chikatilo telah menikamnya sehinga mati. Beliau telah mencapai kepuasan ejakulasi ketika menikam mangsa, dan telah menyedari bahawa beliau hanya akan mencapai kepuasan seks nya jika menikam dan memotong wanita tersebut hinga mati. Walaupun terdapat banyak bukti yang mengaitkannya dengan pembunuhan, seorang lelaki muda, Alexsandr Kravchenko, telah ditangkap dan dihukum atas semua kes pembunuhan tersebut.

Chikatilo memberhentikan kegiatan jenayahnya untuk seketika bagi meredakan keadaan ketika itu, terutamanya di bandar Rostov, sehingga pada tahun 1988 beliau melakukannya lagi di Krasny-Sulin, dan telah membunuh seramai 8 orang pada tahun itu, termasuk dua mangsa di Shakhty. Beliau berhenti lagi untuk sekian lama sebelum membunuh 7 budak lelaki dan 2 wanita sepanjang tahun 1990. Beliau yang sedang di dalam pemerhatian pihak polis telah ditangkap apabila mencuba untuk menculik seorang kanak-kanak. Chikatilo telah dibicarakan pada 14 April 1992. Sepanjang perbicaraan beliau telah dilindungi dengan sangkar di tengah-tengah ruang sidang, bagi perlindungan sebarang ancaman saudara-mara mangsa pembunuhan. Mereka menjerit dengan ancaman dan hinaan kepada Chikatilo, menuntut pihak berkuasa melepaskannya supaya mereka boleh melaksanakan hukuman mereka sendiri. Dia didapati bersalah atas 52 daripada 53 pembunuhan dan dijatuhkan hukuman mati bagi setiap kesalahan pada tahun 1994, ditembak di belakang kepala oleh skuad penembak.
4

Albert Fish, Lahir Pada 1870

Albert Fish, juga dikenali sebagai 'Gray Man,' 'Werewolf of Wysteria' dan 'Brooklyn Vampire,' telah mencabul lebih dari 100 kanak-kanak, dan disyaki telah membunuh sekurang-kurangnya 5 orang. Fish membuat pengakuan telah membunuh 3 orang, dan menikam mangsa seramai 2 orang. Beliau telah dibicarakan atas kesalahan membunuh Grace Budd, dan telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Ibu kepada salah seorang mangsa telah melawatnya di dalam penjara bagi mendapatkan keterangan berkaitan kematian anaknya, Billy Gaffney. Fish menerangkan begini:

"Saya telah memotong setengah salah satu talipinggang saya, membuat enam jalur kira-kira 8 inci panjang dan menyebatnya sehingga darah mengalir ke kakinya. Saya memotong telinganya, hidung, celah mulutnya dari satu telinga ke satu telinga dan mencungkil matanya. Dia akhirnya mati. Saya memasukkan pisau ke dalam perutnya dan menadah mulut saya di bawah perutnya dan meminum darahnya. Saya mengambil empat guni kentang lama dan mengumpulnya di atas batu. Kemudian saya mula memotong dari tengah badannya betul-betul di bawah pusat sehingga kira-kira 2 inci di belakangnya. Saya memotong kepala, kaki, lengan, tangan, dan kaki selepas itu."

Bagi menambah lagi kengerian keterangannya, Fish mengaku telah memakan sebahagian badan Billy:

"Saya memasak stew dari hidung, telinga, daging dari muka dan perutnya. Saya campurkan bawang, lobak, seleri, garam dan lada sulah. Rasanya sungguh sedap. Kemudian saya mengasingkan pipinya, memotong kemaluan dan telurnya dan membasuhnya terlebih dahulu sebelum memanggangnya di dalam ketuhar bersama 4 biji bawang."
3

Jeffrey Dahmer, Lahir Pada 1960

Dahmer telah melakukan pembunuhan sekurang-kurangnya sebanyak 17 kali diantara tahun 1978 dan 1991, dengan kebanyakkan jenayahnya dilakukan pada 1989 sehingga 1991. Pembunuhan yang dilakukan beliau amat mengerikan, melibatkan liwat, memotong anggota badan, dan kanibalisme. Pada usia 18 tahun, beliau telah melakukan pembunuhan pertamanya, dengan membunuh Steven Hicks berusia 19 tahun. Membunuh di dalam rumahnya sendiri, dengan alasan "tidak mahu dia pergi dari hidupnya."

Pada 25 September 1988, beliau telah ditangkap atas kesalahan bercumbu dengan seoragn budak lelaki berusia 13 tahun di Milwaukee, di mana telah dihukum melakukan kerja amal selam 10 bulan. Bagaimanapun, pada tahun 1988 tidak ada lagi undang-undang yang memerlukan pesalah untuk mendaftar apabila disabitkan atas jenayah seks terhadap kanak-kanak. Dengan penuh yakin beliau memberitahu kepada hakim yang beliau memerlukan khidmat terapi, dan dia dibebaskan dengan tempoh percubaan tingkah laku baik selama lima tahun. Tidak lama selepas itu beliau melakukan rentetan pembunuhan dan berakhir dengan tangkapan pada tahun 1991.

Pada pagi 27 Mei 1991, seorang budak lelaki berusia 14 tahun, Laotian Konerak Sinthasomphone telah ditemui berbogel di tepi jalan oleh orang ramai. Kecederaan budak itu telah diubah laporannya oleh Dahmer, dengan mengatakan kepada polis bahawa mereka berdua adalah pasangan kekasih yang bertengkar sebelumnya dan menipu bahawa budak itu berusia 19 tahun. Berdasarkan kenyataannya yang bertentangan dengan laporan Sinthasomphone, dan tiada apa-apa yang disyaki, polis telah menyerahkannya kembali kepada Dahmer. Kemudian Dahmer telah membunuh dan mengerat Sinthasomphone pada malam tersebut, menyimpan tengkoraknya sebagai kenangan. Menjelang musim panas tahun 1991, Dahmer telah membunuh kira-kira satu orang pada setiap minggu.

Beliau telah ditangkap pada 22 haribulan Julai tahun 1991, apabila bakal mangsanya, Tracy Edwards, telah bergelut sesama mereka apabila Dahmer cuba untuk menggari tangannya. Edwards berjaya melepaskan diri dan menahan kereta peronda polis lalu menunjukkan apartmen Dahmer. Setelah menyerbu kediamannya, pihak berkuasa tempatan telah menemui beberapa kepala manusia didalam peti sejuk dan tengkorak manusia di dalam almari pakaiannya. Kemudian timbul tuduhan bahawa Dahmer adalah pengamal 'necrophilia,' kanibalisme, dan mungkin mengamal satu bentuk ritual bagi mewujudkan manusia yang sudah mati tetapi hidup semula yang di panggil sebagai 'zombie.'

Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 937 tahun atas kesalahan membunuh seramai 15 orang. Dahmer dan rakan penjaranya bernama Jesse Anderson akhirnya mati dipukul oleh salah seorang penghuni penjara kerana mengalami kecederaan yang teruk di kepala pada tahun 1994.
2

Richard Trenton Chase, Lahir Pada 1950

Richard Trenton Chase merupakan pembunuh bersiri yang telah membunuh 6 orang di dalam masa satu bulan di California, Amerika. Beliau mendapat gelaran 'The Vampire of Sacramento' kerana perbuatannya meminum darah dan memakan daging mangsanya. Beliau mendakwa melakukannya kerana berkhayal bahawa dia diperlukan untuk berkhidmat untuk pihak Nazi.

Tahun 1977, pada 29 haribulan Disember, Chased telah membunuh mangsa pertamanya dengan menembak Ambrose Grissin, 51 tahun yang bekerja sebagai jurutera dan mempunyai dua orang anak. Mangsa seterusnya adalah seorang wanita hamil 3 bulan, Teresa Wallin, di dalam rumahnya sendiri dengan tiga das tembakan. Dia kemudian melakukan hubungan seks dengan mayat wanita itu dan mandi di dalam darah wanita tersebut. Pada Januari 1978, Chased melakukan pembunuhan terakhirnya, dengan memasuki rumah seorang wanita berumur 38 tahun, Evelyn Miroth. Dengan menggunakan pistol yang sama beliau menembak jiran Evelyn, Don Meredith kerana terserempak dengannya di luar rumah. Beliau mencuri dompet dan kunci kereta Meredith, lalu merempuh masuk ke dalam rumah Evelyn, dan menembak Evelyn Miroth, anak lelakinya yang berusia 6 tahun, Jason, dan anak saudaranya, David yang berusia 22 tahun. Seperti yang dilakukannya kepada mayat Teresa Wallin, Chased melakukan perkara yang sama kepada mayat Evelyn, melakukan 'necrophilia' dan kanibalisme. Chased pulang ke rumah setelah selesai meminum darah David dan memakan beberapa organ dalaman sebelum mencampakkan mayat-mayat mereka di gereja berhampiran. Saksi telah melihat Chased meninggalkan kawasan kejadian di mana beliau juga telah meninggalkan cap jari dan cap kasut, membawa kepada penangkapannya.

Setelah disabitkan bersalah ke atas tuduhan membunuh 6 orang mangsa kelas pertama, beliau dijatuhi hukuman mati di dalam kebuk gas. Ketika menunggu hari kematian, Chased merupakan banduan yang ditakuti oleh banduan lain, ini termasuk beberapa ahli kumpulan 'gangster' di dalam penjara. Chased akhirnya mati dengan membunuh diri.
1

Gilles de Rais, Lahir Pada 1404

Gilles de Rais [seorang penerima anugerah nobel dari Perancis] boleh di katakan sebagai pelopor kepada pembunuh bersiri pada zaman ini. Sebelum beliau memulakan siri pembunuhan, Gilles merupakan seorang kapten angkatan tentera di ketuai oleh 'St Joan of Arc'. Dia dituduh dan disabitkan dengan kesalahan mendera, merogol dan membunuh puluhan mangsa, jika tidak beratus, terdiri daripada anak-anak muda, terutamanya kanak-kanak lelaki.

Menurut kepada mangsa yang terselamat, Gilles amat meminati kanak-kanak, terutamanya anak muda yang berambut perang dan mempunyai sepasang mata yang biru. Kebanyakkan jenayahnya dilakukan di dalam rumahnya, dia akan merogol, mendera dan mencacatkan mangsa, berkemungkinan dengan beronani beliau mencapai kemuncak kepuasan dengan melihat mangsa menderita kesakitan sehingga mati. Angka kematian akibat pembunuhan oleh Gilles tidak dapat di pastikan kerana kebanyakkan mangsa akan dibakar dan ditanam, tetapi dianggarkan di antara 80 hingga ke 200 orang. Beberapa orang telah melaporkan bahawa beliau telah membunuh labih dari 600 orang ke semuanya, dan mangsanya di dalam lingkungan enam tahun sehingga lapan belas tahun, untuk kedua-dua jantina. Bagaimanapun Gilles lebih terarah kepada budak lelaki, tetapi akan melakukannya kepada kanak-kanak perempuan jika keadaan memaksa.

Melalui transkrip perbicaraan tersebut, salah satu daripada hamba-hambanya, Henriet [rakan jenayah beliau] menyifatkan tindakan tuannya, pada dasarnya:

Henriet akan mengumpul kanak-kanak untuk tuannya, dan berada di lokasi ketika tuannya melakukan pembunuhan. Mereka biasanya akan dibunuh di dalam sebuah bilik. Gilles akan mandi dengan berendam menggunakan darah mangsa, dan gemar mengarahkan Henriet untuk mendera dan menyeksa mangsa, itu akan membuatnya berada di dalam keseronokan yang tak terhingga dengan melihat mereka menderita. Hambanya akan menikam leher kanak-kanak tersebut dan membiarkannya memancut-mancut ke arah Gilles. Apabila selesai melakukannya, kanak-kanak tersebut juga telah mati, beliau akan merasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya serta akan menangis dan berdoa di tempat tidur, sementara hamba-hambanya sedang membasuh lantai yang di penuhi darah, membakar mayat-mayat, pakaian dan barangan milik mangsa di sebuah tempat pembakaran yang besar.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

Scroll to top