Bagaimana Hendak Setting , Set up, Configure, Install, Modem TP-Link Model TD-W8901N - TM Streamyx

Bagaimana Hendak Setting , Set up, Configure, Install, Modem TP-Link Model TD-W8901N Bagi Pengguna Streamyx.



Nama Jenama : TP-LINK
Model : TD-W8901N
Harga Pasaran : RM 65
Info lain : Wifi 5dbi Antenna, ADSL modem, NAT router, 4-Port switch and wireless access point in one device provides one-stop networking solution, 150 Mbps , 4000v Lightning protection.

LANGKAH 1
  • Taip di pelayar ( browser google chrome, mozilla firefox, atau apa sahaja browser yang anda gunakan ) anda 192.168.1.1
  • Kata laluan sedia ada adalah admin dan kata laluannya juga adalah admin.
  • Username : admin - Password : admin
  • Nama Pengguna : admin  -  Kata laluan : admin


LANGKAH 2
  • Pilih Quick Start dan seterusnya klik RUN WIZARD



LANGKAH 3
  • Klik NEXT



LANGKAH 4
  • Sila pilih nama negara ( Malaysia tiada dalam senarai pilihan )
  • Anda boleh pilih Singapore seperti yang tertera di gambarajah.



LANGKAH 5
  • Di bahagian ISP ( Internet Service Provider ) , pilih PPPoE/PPPoA



LANGKAH 6

  • Masukkan id streamyx anda ( jangan jarak ) contoh : abc123@streamyx dan masukkan kata laluan id streamyx anda.
  • Connection type - PPPoE LLC
  • Ini adalah langkah yang paling penting, pastikan anda memasukkan kata laluan yang tepat. Jika anda ragu-ragu sila telefon 100 (telefon rumah anda) untuk mengesahkan id dan juga kata laluan bagi id streamyx anda.


LANGKAH 7
  • Untuk di bahagian Wlan, anda dikehendaki menetapkan nama wifi anda di kotak SSID dan juga kata laluan wifi anda.
  • Bagi penetapan yang lain anda hanya perlu ikut pada gambarajah.



LANGKAH 8
  • Quick Start anda sudah selesai dan klik NEXT


LANGKAH 9
  • Klik pada CLOSE


  • Apabila semuanya sudah selesai, anda dikehendaki menutup modem anda selama 30 saat.
  • Jika masih terdapat tanda seru ! kuning (anda masih tidak dapat mengakses internet),  anda perlulah restart PC/Notebook/Netbook/Laptop anda.

Semoga berjaya!. - Red Mafla Blogspot

Setting - penetapan
Set up - menubuhkan
Configure - mengkonfigurasi 
Install - memasang

*ALex Ender*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top