Selamat Hari Merdeka ke 57 - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Red Mafla

Alhamdulillah syukur, Allah S.W.T masih memberi kita nafas untuk sama-sama memperingati hari kemerdekaan negara kita yang ke 57 dengan tema tahun ini adalah '' Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta''. Sesungguhnya haruslah kita bersyukur dengan keamanan dan kenikmatan yang kita rasai dan kecapi sehingga hari ini.

 Logo ke 57 Merdeka ( 2014 )

Janganlah ada sifat membenci yang melampau sehingga hilangnya rahmat dari yang Maha Esa. Ingatlah wahai teman, kita sudahpun diuji dengan perkara-perkara yang sangat besar, dan yang terbaru dan masih segar adalah kejadian kehilangan kapal terbang MH370 dan juga kejadian kapal terbang MH17.

Alhamdulillah juga, terima kasih kepada media di televisyen yang tidak putus-putus menyiarkan surah Al-fatihah semenjak kehilangan MH370 dan juga bacaan Al-Quran pada hari ketibaan jenazah MH17 pada 22 September 2014 yang lalu. Hanya Allah S.W.T yang akan membalas segala yang anda lakukan, insya-Allah.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada tentera darat,laut,udara dan badan-badan yang berkaitan kerana telah banyak bekorban demi agama, bangsa dan negara. Kami doakan supaya kalian semua diperbanyakkan rezeki, sihat tubuh badan dan sentiasa selamat dan dilindungi Allah S.W.T semasa bertugas. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, selamatkanlah juga mereka yang berkhidmat di luar negara seperti  di Lubnan untuk melaksanakan misi pengaman PBB. 





Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 57 dari kami di Red Mafla, terima kasih kerana sudi singgah di blog kami. Ringankanlah bibir dan mulut kita untuk meluangkan sedikit waktu untuk sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mereka yang terlibat dalam tragedi Mh370 dan MH17.


Surah Al-fatihah dan terjemahan/maksudnya

p/s - Marilah berdoa dan sedekahkan surah Al-fatihah kepada 'orang tetentu' juga supaya mereka menjadi 'pengemudi' yang mengikut apa yang diperintah olehNya, dan 'anak-anak kapalnya' haruslah terus berdoa dan terus berdoa mohon kepada Allah S.W.T supaya kita semua di beri petunjuk ke jalan yang benar dan dijauhkan dari fitnah.



Logo-logo sambutan kemerdekaan dari tahun 1976 - 2012


Logo sambutan kemerdekaan ke 56 tahun 2013
Arwah Datuk Sudirman Haji Arshad, lagenda Malaysia.

PETRONAS Merdeka and Malaysia Day 2014: #AWalkThroughTime

PETRONAS Merdeka and Malaysia Day 2014: The Making of #AWalkThroughTime

Stillomatics: #AWalkThroughTime

Inilah Barisan Kita - Versi Lama ( old skool )

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

*Alex Ender*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top