Adakah Ini Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Apple TV 4?


Akhirnya Apple TV Fourth Generation telah berada di pasaran Malaysia pada awal November lalu, dan anda boleh mendapatkannya di Apple Store atau di "outlet" Machine berdekatan. Tetapi adakah ini masa yang sesuai untuk kita membelinya?

Seperti biasa Apple akan mendahului pesaing mereka dengan pembaharuan yang dramatik kepada teknologi media untuk pasaran dunia. Versi keluaran yang terdahulu atau Third Generation, mereka hanya menggunakan prosesor A5 dengan kelajuan RAM sebanyak 512 MB.

Hari ini Apple TV yang terbaru telah menggunakan prosesor A8 dengan kelajuan RAM sebanyak 2 GB, dan mempunyai pilihan storage 32 GB dan 64 GB. Sebagai tambahan ianya di jalankan dengan OS terbaru atau tvOS, di mana bersandarkan kepada versi iOS yang terkini.

Apple TV yang terbaru ini didatangkan bersama alat kawalan yang sensitif, dan juga aplikasi SIRI telah disertakan di dalam model ini. Tetapi untuk versi di Malaysia kita tidak dapat untuk menggunakan aplikasi Siri untuk sebarang arahan dan informasi.

Secara keseluruhannya, Apple TV yang terbaru ini telah dipertingkatkan dengan pembaharuan yang sangat besar, tetapi pada harga RM729 untuk 32 GB dan RM949 bagi versi 64 GB, ianya adalah sangat mahal jika dibandingkan dengan third generation yang cuma hanya RM296 sahaja di Apple Store.

Jadi, adakah anda akan berubah untuk membeli peranti yang lain seperti Google Chromecast? Nanti dulu, anda harus baca seterusnya.

Hardware


Versi fourth generation ini mempunyai rupa bentuk atau fizikal yang sama (cuboid) seperi versi yang lama, tetapi mempunyai sedikit ketinggian melebihi satu inci. Jadi ianya lebih tinggi dan nampak lebih besar.


Seperti versi yang sebelum ini, pembuatannya adalah sempurna, solid, berwarna hitam, dan terdapat LED berwarna putih akan menyala bagi menunjukkan ianya sedang beroperasi di bahagian hadapan peranti.

Alat kawalan jauhnya pula terdapat perubahan yang ketara, daripada berwarna perak dan nipis telah digantikan dengan warna hitam, permukaan yang rata, dan mempunyai beberapa butang tambahan.


Seperti yang saya maklumkan di atas, tiada pembantu dari Siri untuk versi di Malaysia, jadi tiada sebab untuk kita bincangkannya di sini.

Yang terakhir, alat kawalan Apple TV ini boleh dijadikan sebagai alat kawalan permainan video, tetapi hanya untuk permainan yang tidak terlalu kompleks, kerana kita sudah maklum tiada alat kawalan jauh yang dapat melakukan seperti alat kawalan permainan video yang sebenar.

Di penghujungnya, Apple TV box ini adalah berbaloi jika kita merasakan perlu untuk menaik tarafkan daripada teknologi yang sebelum ini, dan alat kawalan jauhnya agak lebih selesa, tetapi secara dasarnya kita tidak pasti adakah ianya merupakan perubahan besar yang telah dibangunkan oleh Apple untuk kita membelinya seperti mana mereka mahu kita untuk mempercayainya. Akhirnya, anda tanya diri sendiri adakah anda penggemar kepada barangan Apple atau sebaliknya, tidak perlu untuk memilikinya jika hanya untuk memuaskan hati, malahan terdapat beberapa pilihan lain bagi peranti seperti ini yang jauh lebih murah di pasaran, atau cukup mendapatkan Apple TV third generation sahaja memandangkan kita tidak dapat menggunakan aplikasi Siri.

[Database]


Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top