Lelaki Misteri Dari Taured


Pada bulan Julai tahun 1954, lapangan terbang Tokyo, Jepun, telah mengalami satu peristiwa misteri, mengenai ketibaan seorang lelaki yang berasal dari negara Taured, sebuah negara yang tidak pernah wujud di dunia ini - setidak-tidaknya di dalam dimensi kita mungkin.

Lelaki itu yang mengenakan pakaian yang kemas, bersama sebuah bagasi telah ditahan dan dibawa ke sebuah bilik untuk siasatan lanjut.

Ketika memeriksa pasport lelaki itu, ternyata ianya adalah tulen, dan telah di stam dari pelbagai lapangan terbang negara yang lain, termasuk Jepun, di mana membuktikan bahawa lelaki itu pernah memasuki negara itu untuk beberapa kali sebelum ini.

Pegawai penyiasat juga telah menjumpai beberapa keping mata wang asing dari pelbagai negara Eropah di dalam bagasi lelaki tersebut.


Merasa bingung dengan keadaan itu, pegawai penyiasat telah mangambil sebuah peta dunia dan mengarahkan lelaki itu menunjukkan di mana negara Taured berada.

Lelaki itu meletakkan jarinya pada negara Andorra, sebuah negara kecil bersempadan dengan Perancis dan Sepanyol. Dengan perasaan yang keliru dan marah, beliau mendakwa tidak pernah mendengar nama negara Andorra, dan tidak mengerti mengapa Taured tidak tercetak di peta itu sedangkan, menurutnya negara Taured sudah wujud lebih dari seribu tahun.

Pihak berkuasa tempatan memutuskan untuk menahan lelaki itu dan meletakkan beliau di dalam sebuah bilik hotel bersama dua orang pengawal di hadapan pintu bagi menjalankan siasatan dengan labih lanjut dan menyelesaikan misteri tersebut.

Pada hari yang sama, pegawai penyiasat telah menghubungi syarikat yang didakwa lelaki itu sebagai majikannya, menghubungi hotel yang ditempah sebelum ketibaannya, malah mereka turut menghubungi sebuah syarikat di Jepun, syarikat yang didakwanya telah membuat temujanji bagi menjalinkan kerjasama perniagaan, tetapi jawapan yang diterima adalah sama, mereka tidak mengenali lelaki tersebut dan tidak pernah mendengar nama lelaki itu.

Perkara itu telah menjadikan ianya semakin misteri kerana lelaki itu telah menunjukkan beberapa dokumen, bukti ke atas semua dakwaannya bahawa beliau adalah benar.

Pada keesokkan harinya, lelaki tersebut telah didapati hilang dari dalam biliknya, ghaib begitu sahaja tanpa sebarang jejak dan petunjuk.

Satu-satunya jalan untuk beliau melarikan diri adalah melalui pintu masuk bilik tersebut, sedangkan mereka telah meletakkan dua orang pengawal di hadapan pintu untuk menjaganya. Bilik itu juga tidak mempunyai balkoni dan berada di tingkat yang tinggi, tidak mungkin lelaki itu telah keluar melalui tingkap yang ada.

Lelaki itu tidak pernah di jumpai lagi, dan kekal menjadi misteri sehingga kini.

[Database]


Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top