Kelas Forex Basic dan Advance

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya merupakan seorang trader dan sudah berada di dalam market selama 5 tahun. 3 tahun secara sambilan dan 2 tahun secara full time. Selama dua tahun ini saya menjadi silent trader, dan hari ini saya ingin berkongsi ilmu saya ini kepada anda semua dengan bayaran yang amat rendah berbanding di pasaran.

Saya pecahkan kepada dua kategori untuk kelas ini. Pertama adalah Private Coach Basic (PCB) dan kedua adalah Private Coach Advance (PCA).

1. Kelas PCB

Kepada anda yang baru sahaja ingin mempelajari bagaimana untuk berdagang dengan forex, kelas PCB ini adalah untuk anda. Anda akan diajar bagaimana untuk mengendalikan platform mt4, mengenali dan cara menggunakan indikator-indikator yang ada sebagai alat untuk kita membuat analisis market pada pair pilihan. Selain itu anda juga akan diajar bagaimana untuk memasuki entry dan pair apakah yang sesuai untuk didagangkan.

Pelajar untuk Kelas PCB ini tidak akan melebihi dari 5 orang bagi setiap sesi. Masa yang diperlukan adalah 8 jam dan akan dihabiskan didalam masa sehari. Para peserta juga akan diberikan signal entry di dalam whatsapp group atau investor password live trading account saya sebagai panduan kepada analisis anda dan support berterusan daripada saya. Harga yang saya kenakan untuk kelas PCB ini adalah RM150 seorang. Jika anda datang berdua bersama rakan atau pasangan, harga yang dikenakan adalah RM250 untuk dua orang. Jika lebih dari dua orang, sila bertanya kepada saya untuk harga.

2. Kelas PCA

Siapa yang harus hadir di dalam kelas PCA ini? PCA ini saya khususkan khas kepada traders yang sudah 'keletihan' untuk meneruskan berdagang forex kerana sering saja hangus deposit atau margin call.

Anda telah pergi berpuluh kelas forex, berpuluh sifu forex dengan bermacam teknik dan kaedah yang menggunakan pelbagai jenis indikator-indikator tetapi anda masih lagi gagal untuk menguasai market forex. Mengapa boleh jadi begitu? Dari pengalaman saya, sebab mengapa anda masih gagal adalah kerana anda masih lagi mencari-cari formula yang efektif, tiada loss, 100% profit dari pelaburan.

Anda juga telah diajar oleh guru-guru anda dengan teknik dan strategi menggunakan pelbagai indikator yang memeningkan kepala kita. Saya juga pernah menuntut ilmu forex ini dengan beberapa orang traders legend sebelum ini tetapi tiada satu pun kaedah mereka yang menguntungkan saya. Mungkin teknik mereka tidak kena dengan cara saya dan menyebabkan saya mengalami kerugian berpuluh ribu sebelum ini.

Akhirnya setelah 3 tahun mencari sana sini, saya berjaya juga menemui teknik analisis yang sangat mudah, sangat berkesan dan yang paling penting ianya mendatangkan keuntungan kepada pelaburan saya sehingga 75% setiap bulan. Kadangkala keuntungan saya hanya mencapai 40% sahaja.

Kaedah yang saya gunakan hanyalah berdasarkan kepada price action. Tidak ada fancy indicator, tidak memerlukan waktu yang panjang.

Saya tidak menjanjikan pulangan pelaburan anda serta merta, tetapi saya yakin jika anda mengikut kaedah saya dengan betul, anda akan menjana pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Cerita banyak pun tak guna, semua rahsia akan dikongsikan dengan anda jika menghadiri kelas saya. Harga untuk kelas PCA adalah RM350 seorang. Jika anda mendaftar untuk 2 orang harga yang di kenakan adalah 600 sahaja. Maksimum pelajar bagi setiap sesi adalah 4 orang.

Nota: semua kelas saya hanya diadakan pada hari pasaran forex bergerak dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Ini kerana saya dapat menyampaikannya dengan mudah kepada anda dan anda dapat menyaksikan sendiri bagaimana saya memasuki pasaran dengan menggunakan live account.

Details:

Kelas PCBasic

Yuran: Rm150 (seorang)
Maksimum pelajar setiap sesi: 5 orang
Lokasi: Paradigm Mall Petaling Jaya

Kelas PCAdvance

Yuran: Rm350 (seorang)
Maksimum pelajar setiap sesi: 4 orang
Lokasi: Paradigm Mall Petaling Jaya

Sila bawa laptop sendiri, jika tiada, smartphone pun boleh dijadikan sebagai alternatif. Terpulang kepada keselesaan anda. Pastikan terminal MT4 telah tersedia ada di dalam machine masing-masing.

Cara daftar:

Langkah 1:
Text cara lama atau whatsapp: DAFTAR PCB/PCA 2 ORANG

Langkah 2:
Tunggu sehingga mandapat balasan dari kami: TERIMA DAFTAR PCB/PCA 2 ORANG KELAS 1 JULAI 2016 JAM 11 PAGI

Langkah 3:
Tunggu untuk kami hubungi anda sehari sebelum tarikh kelas untuk pengesahan terakhir.

Langkah 4:
Bayar jumlah yuran penuh sebelum memulakan kelas. Jangan bayar wang pendahuluan kepada sesiapa sebelum hadir ke kelas. Bayaran hanya dibuat kepada saya Maliq diatas kepala resit Mercu Bersatu Enterprise sahaja.

Nombor Telefon pertanyaan dan pendaftaran: 0187774498 Maliq

Jika anda menghantar text biasa atau whatsapp kepada saya, berkemungkinan besar saya akan sedikit lewat untuk membalasnya, mungkin kerana saya berada di dalam kelas ataupun sedang sibuk dengan perkara lain. Diharap anda semua dapat bersabar dengan perkara tersebut. Terima kasih.

Share on Google Plus

About Bendi

Nothing special!