Kalender Mayan |
"Penyatuan Harmonik" telah diramalkan pada tahun 1987 dikenali sebagai "Pengakhiran Dunia" dan akan berlaku pada penghujung 2012.
"Apabila berlaku bencana pada tahun 2012, ia merupakan saat terbaik bagi transformasi" menurut buku popular, 'The Mayan Factor' tulisan Jose Arguelles.
Apa yang pasti perkara ini belum dipastikan, sehingga pada tarikh penulisan ini iaitu 21.12.2012 jam 5 petang, masih lagi tidak berlaku apa-apa kepada dunia. Tetapi untuk sesetengah manusia di seluruh dunia mereka mempercayai sudah masanya pertukaran tamadun akan berlaku pada hari ini.
Dengan begitu banyak publisiti dari pihak penerbitan barat tidak kira samada media cetak atau media elektronik, mereka sengaja menyebarkan berita tentang "Bencana Mega" ini kepada dunia. Salah satu akhbar barat iaitu "The Guardian" telah menerbitkan artikel tentang bencana 2012 ini pada tahun Ogos 1987. Antara petikan artikel tersebut menyatakan "This megabash stems from an old prophecy which gives a sequence of time periods called the 13 heavens and the 9 hells".
Menurut penulis dan artis Jose Arguelles, pada ogos 1987 adalah isyarat kepada permulaan kepada 25 tahun untuk putaran 5000 tahun. Beliau bertegas dengan apa yang dipanggil sebagai "Penyatuan Harmonik" adalah meditasi diseluruh dunia untuk menyambut Kalender Mayan alaf baru.
Apa yang pasti, semua ini tidak akan berlaku kerana tidak ada hadis atau didalam Al-quran yang menyokong fakta ini. Dan yang pasti, 'Kiamat Besar' hanya akan terjadi selepas '10 Petanda Kiamat' telah berlaku.
0 Comments:
Post a Comment