[ Fakta dan Info Penting! ] Pesakit Aids Yang Pertama Dikesan! - Red Mafla

Dilahirkan pada tahun 1930 di Danish Town, wanita ini adalah penghidap Aids yang pertama direkodkan dan bekerja sebagai seorang doktor. Margrethe P. Rask atau lebih dikenali sebagai Grethe Rask yang berasal dari Denmark. Penyakit itu dikesan pada 12 Disember 1977 sewaktu beliau berusia 47 tahun. Doktor wanita tersebut telah bekerja di hospital di Zaire semenjak tahun 1972 di mana beliau terdedah kepada pesakit dari Afrika yang telah dijangkiti virus HIV.

Margrethe P. Rask


Bahaya penyakit hanya diketahui setelah kematian beliau dan doktor telah membuat kesimpulan, virus HIV tersebut berasal dari pesakit-pesakit yang dirawat. Namun begitu, pada tahun 1990,setelah ujian ulangan yang terperinci dilakukan pada salinan rekod sampel darah serta tisu dilakukan di Manchester University Medical School, membuktikan Margrethe bukan pesakit yang pertama tetapi adalah yang kedua!?


Adakah Anda Tahu ? -
Anda tidak akan mendapat HIV daripada memeluk atau memegang tangan dari seorang mangsa HIV/AIDS (kecuali HIV berdarah). HIV tidak merebak melalui bersin atau batuk, dan anda tidak akan dijangkiti walaupun mereka berada berhampiran dengan anda. Manakala nyamuk dan serangga lain tidak akan membawa virus itu. Dan ia adalah sangat jarang berlaku bagi pemindahan darah untuk menyebarkan HIV (kecuali atas kecuaian pihak hospital). Semua darah di Amerika Syarikat (dan lain-lain negara) telah diuji dengan teliti untuk HIV dan jangkitan lain sebelum ia boleh digunakan untuk sebarang pemindahan.

Ujian ulangan itu juga menunjukkan seorang pelaut dari Manchester berusia 25 tahun, yang mungkin pernah melawat Afrika sewaktu dalam pelayaran telah meninggal akibat AIDS pada tahun 1959. Virus HIV telah dijumpai dalam sampel darah dan tisu badannya dan dalam tempoh lima tahun sebelum kematiannya. Ini bermakna beliau sudah menderita dalam tempoh yang agak lama dan menahan kesakitan akibat penyakit itu. Dan difahamkan juga, mangsa yang lain adalah seorang yang bernafsu songsang (gay) yang dikenali sebagai 'Nick', pada 15 Januari 1981, telah menemuai ajalnya disebabkan penyakit ini. Dan dia juga adalah rakyat Amerika yang pertama yang meninggal disebabkan HIV AIDS!. - Red Mafla

# ada komen yang dipaparkan oleh saya tidak ditapis kerana perkara penting macam ni kita harus buka minda dan tiada tapisan kerana mungkin ada yang cari jawapan mengenainya. Positif lah ya kalian semua. Hendak dibincangkan secara tertutup? pergilah cari tempat rujukan yang betul ya. Luangkanlah masa anda untuk baca info-info ini, terima kasih.


Gambarajah menunjukkan kesan akibat virus HIV/AIDS


Untuk pengetahuan anda, HIV/AIDS hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuklah darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Virus ini juga terdapat dalam tisu badan, organ, bendalir dan dalam tulang belakang dan otak.

Virus HIV/AIDS ini juga dapat dikesan dalam kadar yang sedikit di dalam air mata, air liur, air kencing dan susu badan. Virus HIV/AIDS ini boleh dipindahkan atau dijangkiti melalui hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti HIV seperti pelacur atau membuat hubungan dengan ramai pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
Selain itu, menerima darah daripada orang yang telah dijangkiti HIV seperti semasa pemindahan darah, pada jarum suntikan atau pada alat-alat penembus kulit seperti bertindik telinga, tato, pisau cukur dan berkhatan.

Juga terdapat kes-kes yang pernah kita dengar sebelum ini di mana mangsa kemalangan yang memerlukan darah telah dijangkiti HIV secara tidak sengaja apabila darah yang mereka terima itu adalah darah yang telah dicemari HIV.
Di sini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan dan apakah yang akan berlaku kepada penerima tersebut dari segi kesihatan dan kehidupannya pada masa akan datang gara-gara kecuaian pihak hospital?



LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN


Dengan itu, bagi mengawal daripada berleluasanya virus HIV/AIDS ini kita hendaklah mengetahui akan cara-cara untuk mencegahnya.
Antara langkah-langkah pencegahannya ialah jangan melakukan hubungan seks luar nikah atau dengan orang yang tidak dikenali dan tidak tahu akan status kesihatannya. Bersifat setia terhadap pasangan anda. Gunakanlah kondom dengan cara yang betul untuk suami yang telah dijangkiti HIV. Tidak menggunakan jarum suntikan yang telah dicemari. Yang penting amalkanlah cara hidup yang sihat.

Bagi ibu yang telah dijangkiti HIV, juga memberi risiko terhadap anaknya semasa kehamilan, melahirkan dan memberikan susu badan. Kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang dilahirkan oleh wanita-wanita positif HIV dilaporkan dijangkiti HIV melalui ibu mereka.
Bagi mengurangkan risiko ini, pengambilan ubat Anti-HIV seperti AZT perlu supaya bayi tersebut bebas daripada HIV.

Gadis- gadis remaja kini juga amat terdedah kepada jangkitan HIV kerana status sosial yang rendah menyebabkan mereka mudah tewas kepada punca jangkitan.
Bagi mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas juga patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.

Untuk pengetahuan anda, seseorang itu tidak dijangkiti HIV/AIDS melalui berpegangan tangan dan bersalaman, berkongsi kemudahan awam seperti telefon dan tandas awam.
Juga tidak berjangkit jika kita berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu mahupun melalui makanan. Ciuman atau berpelukan, pergaulan di sekolah atau tempat kerja,berkongsi buku, gigitan serangga seperti nyamuk atau kutu juga tidak akan berjangkit.
Antara panduan pencegahan yang perlu dititik beratkan ialah mendidik anak dengan ilmu agama terutamanya bagi umat Islam. Ibu bapa pula perlulah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Hiburan yang melalaikan juga harus dijauhi supaya kita tidak terleka dan seterusnya boleh menjerumus ke arah keburukan.

Peranan pemimpin masyarakat juga perlu untuk membendung penularan kes ini serta kerjasama semua pihak amat penting bagi membantu pesakit-pesakit ini sekaligus dapat memberikan mereka galakan dan sokongan untuk meneruskan hidup mereka.
Teruskanlah berdoa kepada Allah, agar kita semua dipelihara daripada segala kesusahan, penderitaan dan bencana.


Antara 10 komen di blog info HIV/AIDS.


Saya seorang student nurse ada luka kedil di jari akibat terkena pisau sy telah membersihkn seorang pesakit HIV dan saya tidak tahu dia ada HIV adakh saya dijgkiti kerana luka sya terkena air liur pesakit.?


Adakah berjangkit penyakit HIV/AIDS kalau kita berkongsi minuman ?


Tiga 3 cara penyakit HIV/AIDS berjangkit.


Saya telah pergi ke rumah urut, dan wanita itu telah menjilat zakar saya.


Hampir mentis air mata


Apakah perbezaan di antara pembawa HIV/AIDS dan pesakit HIV/AIDS ?


Beza di antara pembawa HIV/AIDS dan pesakit HIV/AIDS


Cara jangkitan HIV/AIDS dari ibu mengandung kepada bayi.


Melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur.


Saya yakin 100% yang saya bersih.



Untuk Maklumat yang lebih terperinci dan soalan yang pelbagai, silalah layari laman blog berikut. Ramai yang komen di sana. Sedikit sebanyak akan memberi kita lebih pengetahuan mengenainya tentang bagaimana ianya berjangkit, kesan dan sebagainya.



Alex Ender - Red Mafla

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top