Misi Mencari Penulis Di Red Mafla 2013

Sehingga pertengahan tahun 2013 di blog Red Mafla, pelbagai tajuk posting yang disajikan untuk para pembaca yang gemar membaca info, artikel yang agak panjang ceritanya dan ringkas. Kadang-kadang bosan, ada yang suka tengok gambar sahaja. Begitulah juga dengan penulis di RED Mafla. Menulis adalah satu hobi sampingan sahaja. Tidak seperti blog-blog yang lain, ada yang buat sepenuh masa untuk blog mereka. Banyak betul entry mereka. Dan di peringkat umur sekarang, masa banyak dihabiskan untuk perkara yang lebih tenang dan tak serabut. Kalau dapat menulis sambil menikmati pemandangan laut pada waktu malam, nyaman sungguh rasanya. Mungkin satu hari nanti jika ada rezeki lebih, Insya-Allah...Bos nak cuti ! release tension katanya!
'' Feel nak menulis tak sampai kalau tekanan pukul keliling, tarik nafas, cari mood  bila-bila masa yang sesuai nak menaip. Baru idea sampai macam . . . . . . . . . . . .''RedMafla Quotes
Ya, diakui bahawa sebahagian posting di sini ada yang cerita lama dan video lama. Dan , bermulanya kisah titik permulaan blog Red Mafla adalah kerana sebelum ini banyak gambar dan video yang tersimpan. Jadi , posting-posting video yang ada ini pun saja saya nak kongsikan dengan kalian semua. Aku ni bukanlah penulis yang berpengalaman, ini hanyalah sekadar satu hobi yang pada aku berfaedah daripada aku melepet kat luar borak kosong. Tapi kalau sekali sekala pergi 'ngeteh' atau selepas bekerja tu biasalah kan,hehehe...Sebelum ini kami mempunyai website berbayar, sayangnya entry kat situ semua dah tak ada, tak sempat nak buat apa-apa. Tak apalah, nak buat macam mana, tak ada rezeki kat situ. Untuk entry bulan Mei, aduh satu pun tidak ada, mungkin tekanan menjadi penghalang untuk menulis barangkali ?.

''Generasi baru akan tiba, yang lama masih tersimpan dan tersedia, untuk di tayangkan semula''Red Mafla Quotes
Bermula minggu seterusnya, mungkin masa tidak mencukupi untuk merehatkan diri sambil menaip segala bahan yang telah tersedia dan lama tersimpan di peti simpanan. Justeru itu, saya ingin menjemput kalian untuk menulis di blog Red Mafla ini jika ada kelapangan. Tajuk entry umum, janji tidak berkait dengan isu-isu sensitif. Adalah digalakkan jika anda mempunyai blog, sistem pertukaran akan dilakukan. Saya boleh 'copy paste' entry kalian dan saya akan link kan ke blog anda sekalian seperti biasa. Boleh email saya di sini. Terima Kasih !
'' Nikmat kejayaan adalah apabila dipimpin bersama kiri dan kanan yang lain menuju kejayaan, seiring bersama dan bersatu dalam proses membentuk kejayaan . Marilah menuju kejayaan. Bersama menikmati kejayaan.  '' Red Mafla Quotes

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top