Stephen Chow Sing-Chi Kembali 2013 ! - Red Mafla

Satu perkataan 'terbaik!' , sesuai sangatlah untuk meraikan Stephen Chow Sing-Chi kembali !. Journey To The West , filem arahan terbaru  beliau. - slow aku! -  dah berapa bulan tayang di panggung wayang baru nak post, apadahal busy sangat katanya. Dikenali dengan nama Stephen Chow Sing-Chi, Stephen Chow, Chow Sing-Chi - macam - macam nama panggilan orang sebut. Itulah nama pelakon kelahiran Hong Kong yang mempunyai peminatnya yang tersendiri dek kerana lawaknya yang super cooL !. Apa yang menariknya sambil saya menulis ni pun boleh tersengih sendirian, lawak Stephen Chow memang terbaik bagi aku.

Stephen Chow Sing-Chi yang merupakan pelakon, pelawak, penulis skrip, pengarah filem, producer dan juga penasihat politik Persidangan Perundingan Politik Rakyat China! menarik!. Ada enam 'P' disitu!, beliau sangat berbakat . Dilahirkan pada June 22, 1962 (50an), dan mempunyai ketinggian 1.74m. Sedar tak sedar dah menuju ke arah umur yang semakin 'senja' lah Uncle Stephen Chow! . Sungguhpun dalam filem terbarunya ini Stephen Chow Sing-Chi sendiri tidak berlakon, bagi saya, filem ini masih ada aura+elemen+trademark Stephen Chow Sing-Chi yang tersendiri. Biasalah, banyak muka baru, bakat baru, generasi baru jadi agak sukar pada mulanya nak terima, tapi bila dah tengok movie ni, boleh dikira terbaik sebab ada ''Angelina Jolie Hong Kong'' dalam filem ini, superb !!!.

Seniman hebat ini juga telah menerima banyak anugerah berprestij di Hong Kong seperti - Hong Kong Film Award for Best Actor, Hong Kong Film Award for Best Director, Broadcast Film Critics Association Award for Best Foreign Language Film. Filem Fight Back to School 2, sila tengok petikan filem beliau pada minit 03.55, uncle tu memang partner yang super best lawak, buat masa ni aku tak nampak generasi baru yang ada bakat lawak seperti dia, errrrr, tapi sampai sekarang aku tak hafal nama uncle tu tapi masa menulis ni baru hafal, Ng Man-tat namanya. Pada tahun 2001 filem Shaolin Soccer telah mendapat sambutan hangat dan telah mendapat kutipan kasar lebih daripada 60 juta dolar HK ! tabik spring versi Hitler kepada beliau yakni Encik Stephen Chow Sing-Chi!. Baiklah, nak di senaraikan filem beliau tersangatlah banyak, jadi untuk maklumat lanjut dan ulasan yang lebih panjang cerita mengenai 'bakal Legend' ini, silalah layari ke sumber yang saya letak ini ya!. Terima Kasih kerana sudi singgah di Red Mafla blog.! 'Touche' & Tousan ah! (gelaran Raja Jud*) . Persinggahan anda amatlah dihargai. Selamat.

Ng Man Tat

Journey To The West (trailer)


petikan dari filem Shaolin Soccer



Fight Back to School 2


*Alex Ender*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top