Iklan Raya Ini Akan Mengingatkan Para 80's dan 90's (BM)- RED Mafla

Iklan raya Maxis untuk tahun 2013 kali ini mengisahkan seorang budak bandar (Aiman) yang dok berkepit dengan Wifi dan telefon bimbitnya sahaja. Jadi bila tiba di kampung, adik sepupunya (Razif) itu telah mematikan modem Wifi (nak jimat bendwith sebenarnya,LOLz!) itu sebab nak mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka.

Apa yang menarik perhatian aku adalah pada tahun ini, Maxis membawa iklan yang dapat mengimbau kembali pada siapa yang lahir pada tahun 80'an dan 90'an. Walaupun terdapat banyak lagi permainan waktu kanak-kanak riang ribena dulu, tapi sedikit sebanyak boleh buat kalian yang lahir pada tahun 80an dan 90an ada sikit senyum lah kan teringat zaman dulu-dulu masa teknologi masih di paras pertengahan sampaikan boleh percaya kewujudan Gaban! perghhh!. Tidak seperti sekarang yang serba canggih semuanya, gosok je dah keluar game itu ini, perubahan zaman... 

#Para 80's dan 90's dulu pengguna setia Maxis.
#lama tak main takraw bam ?-RED Mafla


Tersimpannya seribu satu Wifi

Ada wifi tak ? (Aiman)
 Tak ada...(Razif)
 hidup lagi ke permainan ni sekarang ?


Maxis Hari Raya 2013 TVC ( BM-90 secs)

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top