Kisah Sejarah Hamburger White Castle - RED Mafla



Inilah kisah bagaimana mereka yang berjaya bermula dari bawah seperti bayi yang baru lahir tidak terus berjalan. Marilah kita jadikan ia sebagai pendorong semangat kita untuk terus berjaya ya!. Baiklah, kedai rangkaian menjual burger ini dibangunkan dalam ukuran 15' x 10' dengan lima tempat duduk. Ia diperkenalkan oleh Walter Anderson dan ejen insuran Edgar Waldo Ingram di Wichita, Kansas pada tahun 1921. Sepuluh tahun selepas itu terdapat 115 White Castle dibangunkan di 11 negeri yang berbeza dan roti burger yang dijualnya terus mendapat sokongan.



Walter Anderson dan Edgar Waldo Ingram

Walter Anderson dilahirkan November 26, 1880, di St Marys, Kansas. Pada tahun 1916 Anderson mula menjual burger di Wichita, Kansas. White Castle merupakan rangkaian hamburger pertama di Amerika Syarikat. Bagaimanapun Walter Anderson telah menjual saham miliknya kepada Edgar Waldo Ingram pada tahun 1933 dan terus menetap di Kansas. Beliau telah bekerja di beberapa syarikat yang berbeza, termasuk kilang pesawat Swift dan meninggal telah dunia pada 13 Disember 1963 di Wichita, Kansas.









*Alex Ender - Red Mafla*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top