Arjen Roben Berbesar Hati Dikaitkan Dengan PSG

Pemain antarabangsa Belanda ini menganggap ini adalah satu penghormatan buat dirinya apabila kelab kaya PSG, berminat untuk mendapatkan tandatangannya, tetapi beliau menyatakan bahawa dia gembira untuk kekal bersama kelabnya sekarang.

Gaya Arjen Robben selepas meraikan jaringan gol





Arjen Robben juga mengakui dia merasa berbesar hati dengan hasrat penyandang juara Kejuaran Liga 1 itu untuk dia bermain untuk kelab tersebut, tetapi kehidupannya di Bayern Munich amat selesa dan gembira.

Laporan terbaru menyatakan bahawa PSG sedang mempertimbangkan untuk melakukan perpindahan pemain antarabangsa Belanda itu pada pintu perpindahan Januari ini, tetapi Robben telah membuat kenyataan terbuka bahawa, beliau tidak akan meninggalkan Bayern buat masa ini.

"Ianya akan menjadi satu penghormatan, apabila kelab besar seperti PSG berminat untuk mendapatkan tandatangan kamu," Robben memberi tindak balas apabila diajukan soalan oleh pihak media.

"Semua orang tahu bahawa saya amat gembira disini," Robben menambah.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang khabar angin ini, dan apa yang saya mahu fikirkan hanyalah bermain bola sepak."

Pemain berusia 29 tahun ini masih lagi mempunyai baki kotrak bersama Bayern sehingga musim panas 2015, yang menyaksikannya berhijrah dari kelab Real Madrid pada empat tahun lalu dengan anggaran yuran perpindahan sebanyak 25 juta Euro.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top