Barcelona 2-1 Real Madrid: Neymar Tenggelamkan "Superstar" Bale

Bintang Brazil membuka jaringan di Camp Nou dan menenggelamkan pemain termahal dunia Gareth Bale, yang kemudian dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Neymar Barcelona
Jaringan dari Neymar dan Alexis Sanchez telah memperlihatkan kemenangan pertama "Clasico" untuk Martino semenjak menjadi Ketua Jurulatih kepada Barcelona  dengan menumbangkan gergasi Real Madrid pada petang sabtu semalam.

Jese Rodriguez telah menjaringkan gol saguhati buat los Blancos pada lewat permainan, tetapi jaringan daripada pemain Brazil, Neymar, pada minit ke-19 dan Alexis Sanchez pada minit ke-78 telah memusnahkan harapan Real Madrid untuk bersaing merebut kejuaraan liga dengan mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan ini.

Lionel Messi kembali bermain untuk Barcelona pada perlawanan penting ini setelah berehat selama empat bulan akibat kecedaraan paha, dan kepulangan dua pemain utama iaitu Javier Mascherano dan Daniel Alves, memperkuatkan lagi pasukan ini.

Selepas kedua-dua pemain iaitu Sergio Busquets dan Sergio Ramos yang masing-masing menerima kad kuning, permainan akhirnya berjaya dikawal oleh pasukan Barcelona sepanjang permainan dengan dua peluang keemasan berjaya dicipta oleh Neymar.

Selepas mensia-siakan peluang pertamanya , Neymar tidak melepaskan peluang kali kedua dengan tendangan yang melepasi dua pemain pertahanan Real Madrid, lalu menerjah masuk ke jaring lawan dari sudut pintu gol, hasil daripada hantaran cantik Iniesta.

Manakala gol kedua telah menyaksikan Alexis Sanchez manjaringkannya dengan melambungkan bola kearah gol dan melepasi penjaga gol Real Madrid, Diego Lopez, kira-kira 12 minit sebelum masa sebenar berakhir.

Dengan kemengan ini, Barcelona menduduki dipuncak liga dengan kelebihan empat mata dibelakang pasukan Atletico Madrid dan enam mata mengatasi pasukan lawan, Real Madrid.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top