Franklin Castle (juga dikenali sabagai Hannes Tiedemann House) adalah bangunan bersejarah yang terletak di 4308 Franklin Boulevard, Cleveland Ohio CIty. Rumah ini mempunyai empat tingkat dan lebih dari 20 buah bilik. Rumah ini sering kali bertukar pemiliknya, dan kesemuanya mendakwa telah mendengar bunyi dan kajadian aneh yang tidak dapat dijelaskan.
Kisah keluarga James Romano yang mendapat perhatian pihak media
SEJARAH:
Rumah ini dibina dan direka oleh sebuah firma arkitek bernama Cudell & Richardson, untuk seorang lelaki German bernama Hannes Tiedemann pada tahun 1881.
Hannes mempunyai seorang anak perempuan bernama Emma, tetapi pada 15 Januari, 1891, Emma telah meninggal dunia pada usia 15 tahun akibat penyakit kencing manis. Selang beberapa minggu selepas kematian anak perempuannya, Hannes turut kehilangan ibunya, Wiebeka, iaitu kematian yang kedua dirumah tersebut. Didalam tempoh 3 tahun, Tiedemann telah mengebumikan 3 mayat kanak-kanak lagi, lalu menimbulkan spekulasi bahawa ianya pasti lebih banyak lagi kematian daripada penglihatan mata umum.
Bagi mengalih perhatian isterinya iaitu Luise, daripada tragedi itu, Tiedemann telah melakukan pengubahsuaian rumahnya dengan menambah lagi ruang tarian ditingkat empat rumah besar tersebut, manjadikannya lebih tinggi lagi. Tiedemann juga telah mengubahsuai rumah tersebut menjadi kelihatan seperti sebuah istana dengan meletakkan menara dan "gargoyles".
Terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan terdapat bilik tersembunyi dan laluan rahsia yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja haram semasa tempoh darurat.
Luise Tiedemann mati kerana penyakit jangkitan hati pada 24 Mac 1895, pada usia 57 tahun. Beliau telah menjual rumah tersebut kepada sebuah keluarga bernama Mullhauser, dan seluruh keluarga Tiedemann telah meninggal dunia pada tahun 1908.
Tiedemann dikhabarkan telah melakukan jenayah seksual dan pembunuhan dan mangaitkannya mengapa rumah tersebut manjadi puaka.
Plug Firma Arkitek Cudekk & Richardson
KRONOLOGI FRANKLIN CASTLE:
Franklin Castle kekal tidak berpenghuni sehingga tahun 1968.
1. 1968 - Keluarga James Romano
Melihat bayangan hantu dengan pelbagai rupa dan usia.
Isteri dan anak-anak James kerap dirasuk oleh roh yang menghuni dirumah tersebut.
Meninggalkan dan menjual Franklin Castle kepada Sam Musctello yang merancang untuk menjadikan sebuah gereja pada tahun 1974.
2. 1974 - Gereja
Bagi menampung kos penyelenggaraan dan kepada gereja itu sendiri, Sam telah membuka rumah tersebut kepada pelawat dan menawarkan penginapan kepada sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman bermalam dirumah tersebut.
Sam menjualnya kepada Micheal DeVinko pada tahun 1984.
Berita akhbar berkenaan pihak gereja telah membeli rumah tersebut
1984 - Micheal DeVinko
Sejurus membelinya Micheal terus melakukan pengubahsuaian dan membaikpulih Franklin Castle.
Sepanjang 10 tahun memilikinya Michael telah menghabiskan hampir 1 juta dollar semata-mata untuk melakukan pengubahsuaian.
Akhirnya Micheal DeVinko sudah tidak dapat menahan lagi dengan gangguan paranormal dirumah tersebut dan meletakkan tanda "Untuk Dijual" pada tahun 1994.
1999 - Terbakar Bahagian I
Seorang pengembara telah menggunakan rumah tersebut untuk bermalam dan menghidupkan api, dimana akhirnya api tersebut telah menyebabkan kebakaran yang teruk dan memusnahkan sebahagian rumah tersebut.
2004 - Baikpulih
Seorang individu ingin melakukan baikpulih kepada Franklin Castle dan menubuhkan sebuah kelab diberi nama "Franklin Castle Club"
2006 - Kelab Franklin Castle
"Franklin Castle Club" berjaya ditubuhkan, tetapi tiada satu pun kerja pambaikan dilakukan dan ianya kekal musnah seperti keadaannya ketika kejadian kebakaran pada tahun 1999 itu.
Tiada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelab tersebut dan mengakibatkan kelab itu berkubur begitu saja tanpa seorang pun yang membeli keahlian kelab itu.
Dijadikan tempat pengembaraan rakaman video lucah.
2011 - Terbakar Bahagian II dan Artis Pengait Permaidani
Terbakar sekali lagi, kali ini tanpa diketahui puncanya.
Seorang artis pengait permaidani dari Itali, telah membeli rumah tersebut dengan harga 260,000 dollar, dan bercadang untuk melakukan pengubahsuaian dengan melakukan pecahan untuk 3 buah keluarga.
MISTERI DAN SERAM
James Romano yang baru membeli dan berpindah kerumah tersebut bersama-sama keluarganya pada tahun 1968 mendakwa, sering melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berlainan muncul dan menangis diwaktu malam. Malah salah seorang dari ahli keluarga tersebut telah berlari keluar kerana tidak tahan dan takut dengan gangguan suara tangisan itu. Gangguan paranormal itu diselangi dengan bunyi piano dimainkan, tapak kaki, suara, dan memecahkan gelas-gelas di koridor. Oleh kerana gangguan yang dialami oleh keluarga James Romano itu telah tersebar dengan meluas, ianya telah menarik perhatian dari pihak media dan telah melaporkan dan menerbitkannya didalam sebuah akhbar tempatan.
Mereka akhirnya mengalah dan menjual rumah tersebut kepada sebuah badan keagamaan, setelah enam tahun tinggal disitu. Badan keagamaan tersebut merancang untuk menjadikannya sebuah gereja. Kira-kira pada tahun 1975, pihak gereja telah menemui sesuatu yang mengejutkan seluruh penduduk disitu. Mereka menemui tulang kanak-kanak dengan jumlah yang begitu banyak didalam sebuah almari, dan laporan dari pihak berwajib menyatakan, usia tulang-tulang tersebut sudah terlalu lama dan tiada siapa pun yang tahu identiti kepada tulang-tulang tersebut.
Sehingga ke hari ini, sudah ramai yang menjadi pemilik kepada rumah berpuaka itu. Yang pasti, ianya akan bertukar tangan lagi selepas ini, dan pemilik baru kepada rumah tersebut adalah seorang lelaki yang berasal dari Itali, setelah membelinya pada tahun 2011.
Keadaan Franklin Castle sekitar beberapa tahun lepas
Kumpulan pemburu hantu mendakwa bayangan putih tersebut merupakan roh atau entiti.
Salah seorang anggota kumpulan pemburu hantu bergambar dan berjaya menangkap visual entiti
Entiti yang terperangkap didalam gambar kelihatan agak meragukan. Mungkin ada jawapan yang lain.
Kesan kebakaran pada tahun 1999
Pelan tingkat bawah tanah Franklin House
Pelan tingkat satu Franklin House
Pelan tingkat dua Franklin House
Pelan tingkat tiga Franklin House
[Rakaman video berjaya merakam hantu di Franklin Castle pada tahun 2009]
0 Comments:
Post a Comment