LIZZIE BORDEN HOUSE
Ada yang mengatakan bahawa roh-roh yang memperlihatkan diri mereka dirumah ini adalah kerana hanya untuk memberitahu bahawa rumah ini adalah kediaman mereka samada ketika hidup atau pun selepas mati. Selain daripada memperlihatkan bayangan diri mereka, roh-roh ini juga sering membuat bunyi yang aneh, barang-barang bergerak dengan sendiri, dan beberapa fenomena entiti tentang kewujudan mereka.
|
Fotograf lama Lizzie Borden House |
PERISTIWA PEMBUNUHAN
Pada 4 Ogos tahun 1892, Andrew Borden dan isterinya, Abby Borden, menjalani hidup seharian seperti biasa, dengan sarapan pagi dan telah mengunjungi pejabat pos dan bank, dan pulang kerumah lebih kurang pada jam 10:45 pagi.
Ketika kejadian, pada jam 11:10 pagi, pembantu rumah kepada pasangan ini iaitu Bridget Sullivan, sedang berehat didalam biliknya selepas beliau baru saja menghabiskan kerja mencuci tingkap rumah, dan dengan tiba-tiba Lizzie dari bahagian bawah telah menjerit memanggilnya keluar, "Maggie, cepat turun! Bapa telah mati. Ada orang masuk kerumah dan membunuhnya." ("Maggie adalah nama pembantu rumah mereka yang sebelum itu, dan kadangkala akan memangil Sullivan dengan nama itu.)
|
Wajah Andrew Borden yang hancur |
Mayat Andrew terbaring diatas kerusi panjang didalam ruang tamu. Mukanya habis hancur dihentak berkali-kali dengan kesan hentakkan seperti ditetak dengan senjata seakan kapak, sehinggakan wajahnya tidak dapat dikenali sesiapa pun yang menyaksikannya ditempat kejadian. Pihak polis mengesyaki Andrew dibunuh ketika dia sedang tidur. Sejurus selepas itu, pihak polis juga telah menemui mayat Abby Borden dibahagian tingkat atas didalam bilik tetamu dengan kesan hentakkan sebanyak 19 kali.
Polis telah menemui kapak kecil yang telah hilang pemegangnya diruang bawah tanah rumah tersebut, tetapi tiada kesan darah ditemui di kapak tersebut. Lizzie telah menjadi suspek utama kes pembunuhan itu dan ditangkap pada 11 Ogos, tiga hari selepas hari kejadian. Lizzie Borden dibebaskan dari tuduhan pembunuhan bapa dan ibu tirinya setelah 2 tahun kes itu dibicarakan.
LIZZIE BORDEN
|
Lizzie Borden |
Pendapat pakar yang mendakwa Lizzie Borden mempunyai dua personaliti yang berbeza, turut dipersutujui oleh jiran-jiran dan kenalannya. Dimana dia akan menunjukkan sisi baiknya kepada umum, dan menyembunyikan satu lagi sisinya yang seperti syaitan. Dihadapan bapanya, Lizzie menunjukkan sikapnya yang baik, mendengar kata, dan sering membuat bapanya berasa senang dan selesa jika berada bersamanya. Lain pula apabila dibelakang bapanya, Lizzie akan memburuk-burukkannya kepada orang lain, dan tidak akan bercakap dengannya berhari-hari, jika dia sedang marah dengan bapanya itu.
Robert Sullivan, didalam objektif kajian berkenaan kes ini (Good-bye Lizzie Borden) telah menemuramah anak suadara perempuan Lizzie, iaitu Abby Whitehead Potter, yang masih ingat kepada ibu saudaranya dan cerita mengenai satu kejadian, seperti yang diceritakan oleh ibunya:
"Pada suatu hari, Lizzie telah dikunjungi seorang rakannya dan berbual-bual didalam bilik ditingkat atas. Ibu tiri Lizzie, yang bernama Abby, mempunyai seekor kucing berjalur yang telah dilatih untuk membuka pintu sendiri dengan menyentuh selak. Ketika dia sedang melayan rakannya itu, kucing tersebut telah membuka pintu dan masuk kedalam bilik, dan Lizzie mengeluarkan kucing tersebut dan menutup pintu biliknya semula. Tetapi secara tiba-tiba, Lizzie meminta izin dari rakannya untuk kebawah sebentar dan kembali semula kira-kira 10 minit kemudian. Selang beberapa hari kemudian, Abby kehairanan kemana kucingnya telah menghilang, dan bertanya kepada semua orang samada melihat kucingnya dimana-mana. Akhirnya, Lizzie memberitahu kepada Abby, 'Cari kucing kamu ditingkat bawah dan kamu akan menjumpainya.' Apa yang dilakukan Lizzie terhadap kucing itu amat menyedihkan, dia meletakkan kucing itu diatas pencincang papan dan menetak leher kucing tersebut sehingga kepalanya putus dari badan" (Sullivan, 23).
RUMAH BERHANTU
Lizzie Borden House telah dijadikan salah sebuah tempat untuk dikunjungi dan bermalam kepada orang ramai. Apabila kamu menginap disini, kamu akan disajikan dengan sarapan pagi yang serupa dengan apa yang dimakan oleh Andrew dan Abby Borden pada pagi pembunuhan. Ianya adalah seperti pisang, jonny-cakes, biskut gula dan kopi disamping makanan lazat yang lain.
Ramai tetamu melaporkan mereka mendengar suara perempuan menangis perlahan diwaktu malam. Setengah daripada mereka telah melihat kasut yang bergerak dengan sendiri diatas lantai, melihat perempuan tua yang memakai pakaian tradisional, dan telah menakutkan mereka.
Lampu berkelip-kelip, peralatan video terpadam dan terbuka dengan sendiri, kamera berfungi dengan baik jika tidak digunakan, tetapi tidak akan berfungsi jika hendak digunakan. Dan seperti biasa, hantu Andrew dan Abby akan sentiasa kelihatan dilokasi pembunuhan berlaku.
Koleksi gambar Lizzie Borden House
|
Muka Abby Borden yang hancur |
|
Mayat Abby Borden ditemui didalam bilik tetamu |
|
Senjata pembunuhan Andrew & Abby |
|
Laporan penemuan foto Lizzie Borden |
|
Juri-juri kes pembunuhan Andrew Borden & Abby Borden |
0 Comments:
Post a Comment