Berita mengenai tawaran duit diberikan kepada sesiapa yang berjaya memberikan maklumat kepada pelarian penjara ini |
Ianya begitu mustahil bagi seorang banduan untuk melepaskan diri dari dalam kompleks penjara itu dengan sistem keselamatan yang begitu ketat, selain kecanggihan peralatannya. Jadi, bagaimana mereka semua ini boleh melarikan diri dari penjara itu dengan mudah? Adakah mereka menggunakan peralatan canggih seperti ala James Bond atau pun mendapat pertolongan dari pihak luar untuk melepaskan diri? Jawapannya ada pada dua orang adik beradik yang diberi nama sebagai The Briley Brothers.
Biarpun dilengkapi dengan sistem yang moden ketika itu, ianya tidak dapat atau mampu untuk menghalang daripada dua pembunuh paling berbahaya di Amerika, iaitu James Briley dan Linwood Briley, untuk mengalahkan sistem tersebut.
Mereka mula mencari dan bercerita tentang rancangan untuk melarikan diri kepada beberapa banduan lain yang boleh mereka percayai, dan berjaya mengumpul lima orang banduan lagi, tetapi salah seorang dari mereka iaitu, Dennis Stockton, telah menarik diri kerana menyangka kes yang dihadapinya dapat dikurangkan dengan rayuan, tetapi turut membantu mereka sehingga akhir rancangan.
The Briley Brothers mula menyerahkan tugasan kepada empat orang anggota lagi, yang terdiri daripada, Lem Tuggle, Earl Clanton, Derick Peterson, dan Willie Jones.
Didalam pelan rancangan James dan Linwood untuk menjayakannya, mereka perlu memerhatikan setiap pergerakan dan rutin yang akan dilakukan oleh pengawal penjara terutama pada waktu pertukaran shift dilakukan, serta mengintai dan mengingati setiap satu kata laluan yang dimasukkan untuk membuka pintu keselamatan penjara itu.
Setelah beberapa bulan mengkaji dan memahami kelemahan sistem kawalan disitu, The Briley Brothers memutuskan untuk bertindak pada malam 31 Mei 1984. Keenam banduan itu telah menyelinap masuk kedalam unit pengawal, memukul, dan merampas senjata dan pakaian seragam mereka. Tanpa berlengah, mereka terus mengambil pengusung, meletakkan TV mudah alih diatasnya, dan menutupnya dengan kain selimut. Menyamar dan berlakon seperti pengawal penjara, mereka memberitahu kepada pegawai yang bertugas di pagar utama bahawa mereka telah menemui sebuah bom dan berada didalam situasi antara hidup dan mati, dimana mereka perlu keluar dari kawasan penjara itu secepat mungkin untuk melupuskan bahan letupan tersebut.
The Brileys dan rakan jenayahnya menyedari bahawa, pihak penjara tidak pernah menghadapi situasi berhadapan dengan bahan letupan didalam bangunan sebelum ini, dan tidak ada sebarang penetapan prosuder untuk menanganinya. Ternyata andaian mereka adalah betul.
Dengan membawa sebuah bom yang palsu, mereka berlari menuju ke pagar utama. Salah seorang dari mereka sekali-sekala menyembur bom tersebut dengan alat pemadam api, dengan harapan agar dilihat lebih realistik. Mereka telah meletakkan bahan letupan itu kedalam van penjara dan melompat masuk kedalamnya, manakala pusat kawalan membuka pagar utama dan membiarkan enam banduan yang akan menjalani hukuman mati itu memandu keluar dan bebas dari penjara. Ia memakan masa lebih dari satu jam sebelum pegawai penjara menyedari bahawa mereka telah ditipu.
Setelah bebas dari penjara, mereka kemudian berpecah mengikut haluan masing-masing. Earl Clanton dan Derick Peterson telah ditangkap pada keesokan harinya apabila sebuah kereta peronda ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan didalam sebuah kafe ketika melepasi kedai tersebut. Salah seorang daripada mereka memakai jaket yang kelihatan seperti pegawai penjara dengan lencana yang telah dikoyakkan.
Tuggle, Jones dan Briley Brothers telah melarikan sebuah trak pikap dari sebuah rumah. The Briley Brothers telah turun di Philadelphia, Pennsylvania, dimana mereka bekerja sebagai mekanik dibengkel bapa saudara rakan mereka. Tuggle dan Jones telah pergi jauh ke utara, di Vermont, dimana Tuggle telah ditahan anggota tentera negeri Vermont selepas merompak sebuah kedai cenderamata sebanyak 80 dollar.
Jones menyerah diri pada keesokkan harinya, hanya lima kilometer sahaja lagi untuk sampai ke sempadan selatan Kanada. Dia tidak tahan kesejukan dan kelaparan, jadi dia menghubungi ibunya, dimana ibunya telah memujuk supaya dia menyerah diri kepada polis.
Brileys Brother pula, telah ditangkap selepas pihak FBI memintas satu panggilan telefon yang dibuat mereka untuk menghubungi seorang kenalan di New York, dan berjaya mengesan lokasi bengkel dimana tempat mereka berkerja. Enam lelaki tersebut telah dipenjarakan semula dibawah pengawasan yang lebih ketat. Mereka juga telah diletakkan bon sebanyak 10 juta dollar untuk setiap seorang.
Segala maklumat pelan rancangan mereka telah didedahkan oleh Dennis Stockton. Semasa kejadian, dia menulis segala yang berlaku, minit demi minit, didalam diarinya, dan kemudian diterbitkan di Norfolk, sebuah akhbar di Virginia, iaitu Pilot Virginian.
Berikut adalah tahun dimana mereka menjalani hukuman mati setelah kembali ke penjara.
Linwood Briley - Disempurnakan dengan kaedah kejutan elektrik di Virginia pada 12 Okt, 1984 |
James Briley - Disempurnakan dengan kaedah kejutan elektrik di Virginia pada 12 Okt, 1984 |
Earl Clanton - Disempurnakan dengan kaedah kejutan elektrik di Virginia pada April 14, 1988 |
Derick Peterson - Disempurnakan dengan Kaedah kejutan elektrik di Virginia pada 22 Ogos 1991 |
Willie Jones - Disempurnakan dengan kaedah kejutan elektrik di Virginia pada September 11, 1992 |
Lem Tuggle - Disempurnakan dengan kaedah suntikan maut di Virginia pada 12 Disember 1996 |
Dennis Stockton - Disempurnakan dengan kaedah suntikan maut di Virginia pada September 27, 1995 |
0 Comments:
Post a Comment