Teori Pembunuhan John Lennon

Setelah membaca sebuah buku berjudul "Lennon Murder Expose" tulisan Steve Lightfoot, mengenai pendedahan satu teori konspirasi berkenaan pembunuhan penyanyi legenda, John Lennon, saya telah menghuraikan isi-isi penting yang terkandung didalam buku tersebut.

John Lennon aktif didalam kempen dan aktiviti keamanan

Ironiknya, Steve Lightfoot begitu pintar, setelah berjaya memecahkan kod-kod rahsia berkaitan pembunuhan John Lennon hanya dari tajuk-tajuk utama daripada majalah Time, Newsweek, US News dan World Report, dan dijadikan sebagai bukti kukuh tentang penglibatan kerajaan keatas pembunuhan John Lennon.

Beliau dengan yakin dan berani mendedahkan didalam bukunya, siapa dalang disebalik jenayah berprofail tinggi ini, seterusnya pihak yang bertanggungjawab melakukannya. Berdasarkan kepada kandungan buku beliau, terdapat laporan didalam isu-isu lepas pada majalah Time, Newsweek, US News dan World Report yang mengandungi kod-kod rahsia kepada konspirasi pembunuhan John Lennon. Pemerhatian kepada pembunuhan Lennon bukan sahaja kerana kepentingan politik, tetapi penglibatan tiga individu didalam konspirasi ini iaitu Richard Nixon, Ronald Reagan dan penulis buku seram terkenal, Stephen King.

Kesemua bukti-bukti, khususnya, kod-kod rahsia kerajaan ditajuk utama di majalah seperti yang disebutkan sebelum ini, telah dicetak sebelum, semasa, dan selepas pada malam 8 disember 1980. Kod-kod rahsia kerajaan ini dibaca seperti sebuah sandiwara, seperti; "Thinking About John Lennon, John Comes Marching Home, Kiss, Kiss, Bang, Bang, Ouch, Ouch, The Job Richard Nixon Really Wanted, Blasting The Opposition, America Needs A Poet Laureate, Maybe, Heeding Those Subtle Signs, Magazine Maze, All The Presidents Magazines".






Kod-kod ini juga telah memberi petunjuk kepada pihak berkenaan dengan mencetak wajah dan identiti pembunuh pada dua dan tiga bulan sebelum kejadian berlaku, ditajuk utama dengan maksud disebaliknya bahawa, pembunuhan akan tiba tidak lama lagi: "One Great Big Zippo Lghter", "Perils of Pyrokinesis". Pyrokinesis bermaksud api dan gerakan, serta lelaki yang bersenjata diwaktu malam. Manakala maksud kepada One Great Big Zippo Lighter adalah lelaki yang mati didalam baju hujan (kelihatan seperti sebuah lighter yang besar). Sangat halus, dan kod-kod yang begitu dramatik.

Antara kod kerajaan yang paling dramatik adalah foto dimana Ronal Reagan yang duduk bersebelahan dengan buku yang ditulis Richard Nixon, Berjudul "The Real War" di majalah Time dan Newsweek, edaran pada hari pembunuhan John Lennon, berbunyi, "Who’s In? Who’s Out?” dan tajuk bawah, ”Fitting Together the Pieces of a Complicated Jigsaw Puzzle…”.

Perkara bahawa Richard Nixon cuba mengusir John Lennon dari Amerika pada era tahun 70-an adalah fakta yang diketahui umum. Kempen dan aktiviti keamanan yang dilaung oleh Lennon serta lirik kepada lagu Tricky Dicky, didengari dan menjadi ikon di seluruh dunia dan ini menjadikan John Lennon sebagai sasaran kepada konspirasi, kerana pengaruh yang dibawanya boleh mengganggu-gugat kepada pelaksanaan rancangan jahat kerajaan yang dikawal oleh sebuah organisasi rahsia ini.


Kanan: Lelaki yang dilaporkan sebagai Mark Chapman meminta autograph John Lennon

Yang terakhir, mengikut kepada padanan identiti gambar Stephen King, berkenaan ulasan buku terbarunya didalam akhbar, berjudul Firestater, dan lelaki yang kelihatan didalam gambar, ketika mendapatkan autograph sebelum Lennon dibunuh, adalah individu yang sama dan bukanlah diri Mark Chapman seperti yang disebarkan media kepada dunia. Kaca mata yang digunakan Chapman tidak sama seperti didalam gambar, rupa bentuk wajahnya lebih kepada berpetak ditengah-tengahnya, tekstur rambut yang tidak sama, serta hakikat bahawa pembunuh yang sebenar mempunyai lubang-lubang kecil dimuka, manakala Chapman tidak mempunyainya. Maka, hanya Stephen King sahaja individu yang begitu serupa dengan lelaki didalam gambar tersebut, manakala Chapman pula hanyalah seorang "pelakon" yang telah dibayar untuk bertanggungjawab keatas jenayah berprofail tinggi ini.

Beliau yang mengaku bertanggungjawab menembak mati John Lennon pada tarikh 8 disember 1980, hanyalah individu yang menyerupai wajah Stephen King, dan telah dijadikan sebagai kambing hitam oleh gerakan rahsia ini. Stephen King adalah pembunuh sebenar kepada John Lennon. Sandiwara ini telah menjadikan anda terjerumus kedalam satu siri penipuan yang mutlak, dimana konspirasi ini turut dibantu oleh pihak media.


Bangunan apartment kediaman John Lennon dan lokasi pembunuhan

Lokasi dimana John Lennon ditembak

Mark Chapman 34 tahun lalu

Mark Chapman sekarang

Isteri Mark Chapman, Gloria Chapman yang dikahwininya setahun sebelum menembak John Lennon

Stephen King 34 tahun lalu

Stephen King sekarang

Orang ramai dan peminat berkumpul dihadapan bangunan Dakota, lokasi pembunuhan John Lennon

Mark Chapman ketika keluar dari mahkamah, diiringi polis dan ditutup dengan jaket
=============

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top