7
Dijumpai di Dalam Tanah Kebun
Pada tahun 1820, seorang petani Yunani bernama Yogos, telah menggali di tanahnya di pulau Milos dan telah menemui beberapa blok ukiran batu. Dia mengorek dengan lebih dalam lagi dan telah menemui empat buah patung, tiga patung Hermas dan satu adalah Aphrodite [dewi cinta]. Tiga minggu kemudian, ekspedisi ahli arkeologi Choiseul tiba dengan kapal, membeli Aphrodite dan membawanya ke Perancis. Louis XVIII telah memberikannya nama Venus de Milo dan mempamerkannya di Louvre di mana ia adalah salah satu hasil kerja yang paling terkenal di dalam sejarah seni.6
Tersorok di Jalan Bandar Mexico
Pada 21 Februari 1978, ketika pekerja-pekerja elektrik sedang membuat garisan putih di sebatang jalan raya yang sibuk di bandar Mexico, mereka secara tidak sengaja telah menemui 20 tan batu ukiran timbul dewi malam Aztec, Coyolxauqui. Ia dipercayai telah diukir pada awal abad kelima belas dan ditanam sebelum kemusnahan tamadun Aztec oleh penjajah Sepanyol pada 1521. Batu tersebut telah dipindahkan sejauh 200 kilometer ke "Museum of the Great Temple".5
Filem Gambar
Pada tahun 1978 lebih dari 500 buah filem gambar daripada tahun 1903-1929 telah digali keluar dari lubang di Dawson City, Yukon. Dengan tanpa di sangka, kesemua filem-filem nitrat 35mm tersebut berada di dalam keadaan yang baik dan terpelihara.4
Tidak Menyedari Menyimpan Karya Asli Van Gogh
Satu pasangan pertengahan umur yang tinggal di pinggir bandar Milwaukee, Wisconsin, meminta seorang penilai seni datang ke rumah untuk melihat lukisan-lukisan mereka. Ketika berada di sana, penilai seni tersebut telah memeriksa kesemua lukisan dan telah mendapati terdapat satu lukisan asli karya pelukis terkemuka, Van Gogh, dan dipercayai dilukis pada tahun 1886. Pada 10 Mac 1991, lukisan bertajuk "Still Life with Flowers" telah dijual dengan harga $1.4j [AS].3
Manuskrip Tulisan Tangan Mark Twain
Pada tahun 1961, Barbara Testa, pustakawan Hollywood, telah mewarisi enam buah "steamer trunks" daripada datuknya, James Fraser Gluck, seorang peguam yang meninggal dunia pada tahun 1895. Sepanjang tiga dekad Barbara telah membaca isi kandungan "trunks" tersebut, sehingga pada satu hari semasa musim luruh 1990 beliau sampai kepada muka surat 665 yang ternyata ianya adalah bahagian separuh novel manuskrip tulisan tangan Mark Twain Huckleberry Finn, di mana separuh lagi berada di Perpustakaan Awam County, Buffalo, dan akhirnya telah disatukan.2
Sebuah Bingkai Gambar Kayu Lama
Seorang penganalisis kewangan dari Philadelphia telah berkunjung ke pasar lambak di Adamstown, Pennsylvania, dan telah tertarik kepada sebuah bingkai gambar diperbuat daripada kayu. Beliau membelinya dengan harga $4 untuk bingkai tersebut. Di rumah, dia telah mengeluarkan lukisan lama di dalam bingkai tersebut dan menjumpai dokumen yang berlipat di antara kanvas dan sokongan kayu.Ternyata dokumen berkenaan adalah satu salinan pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1776, dan merupakan salah satu daripada 24 salinan. Pada 13 Jun 1991, ianya dijual di lelongan dengan harga $2.4j [AS].
0 Comments:
Post a Comment