Penjelasan Misi Mencari Penulis - Red Mafla

Salam kepada semua pembaca di Red Mafla blog. Terima Kasih kerana sudi menjadikan blog ini sebagai salah satu tempat persinggahan di kala kalian sedang bosan, tak tahu nak buat apa, dah tak tahu nak taip apa lagi tajuk di Youtube, dah puas tengok filem-filem yang dah di muat turun, dah puas main game, dah 8 jam mengadap Facebook, dan juga dah puas jadi 'hero' di papan kekunci anda, jadi anda nak rehatkan minda anda dengan membaca pelbagai cerita yang telah kami sediakan di sini, terima kasih banyak-banyak ya, kami di Red Mafla amatlah menghargainya.




Tujuan saya membuat entri adalah kerana mungkin ada yang salah faham berkenaan dengan entri misi mencari penulis yang lepas. Ini kerana ada yang mungkin menganggap misi mencari penulis di Red Mafla Blog ini boleh dijadikan pendapatan sampingan.

Kami ada berbincang tentang itu, cuma belum tiba masanya untuk menjadi sebuah blog yang mempunyai sumber yang kukuh bagi menampung kos-kos tertentu.Wallahualam bila, jika ada rezeki lebih insyaAllah kami akan laksanakannya.

Menulis bukanlah mudah seperti baca alif ba' ta' . Menulis boleh dianggap seperti mengambil gambar. Jika sesuatu gambar diambil, ianya bukan mudah untuk menunjukkan jalan cerita gambar tersebut, tidak seperti video.

Ya, inilah yang dinamakan penulisan, jika ada terkucil sedikit bahasa yang kita guna, mungkin pembaca akan merasa sebaliknya disebabkan cara penyampaian penulisan kita. Nada yang dibaca oleh pembaca mungkin berbeza dengan nada cara kita menulis sesuatu artikel sama ada yang ringkas+ringan (simple) ataupun artikel yang 'berat'.

Jadi sekiranya anda mahu bertukar artikel dengan kami di sini, artikel anda amatlah di alu-alukan. Sama ada anda mempunyai blog, Facebook page atau apa-apa media sosial pun kami terima. Semuanya boleh di bawa berbincang.

Adalah digalakkan anda komen di ruangan komen di bawah jika anda sudah email kami di redmafla8@gmail.com . Ini kerana kami menggunakan email berasingan bagi mengelakkan kekacauan SPAM di email kerja kami. 

*Alex Ender*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top