Ya, kebanyakan rakyat Malaysia hanya tahu membebel dan tunding lima jari ke arah pihak itu dan ini. Maafkan saya, saya hanya berkata apa yang saya lihat dan apa yang saya lalui. Kalau diikutkan hati dan jika ada dijual di kedai, sudah tentu saya akan membawa buku lima, ke hulu dan ke hilir.
Mana tidaknya, saya juga pernah mengalami situasi agak merisaukan saya ketika itu, dimana kerja saya memerlukan membawa beg yang berisi komputer riba. Ada seorang hamba Allah tu asyik memandang dalam keadaan yang saya sangat pasti agak mencurigakan. Jadi dengan yakinnya saya pun bacalah sepotong ayat 9 surah Yasin. Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku.
Tujuan saya ingin berkongsi pengalaman saya ini adalah, sudah tentulah kita tidak boleh membawa peralatan seperti buku lima dan sebagainya sebagai senjata untuk mempertahankan diri kita. Dan jika ditangkap pihak berkuasa, maka tiada alasan untuk kita mengatakan kita bawa peralatan itu hanyalah untuk mempertahan diri kita jika berlaku sesuatu, kerana menjadi suatu kesalahan membawa senjata tumpul ataupun tajam.
Jadi apa yang kita boleh bawa ??? ayat Al-Quran sahajalah jawapannya. Doa mohon kepadaNya sahajalah caranya.
p/s - InsyaAllah di kesempatan lain saya akan kongsikan lagi pada masa akan datang.
Surah Yasin ayat - 9
*Alex Ender*
0 Comments:
Post a Comment