Logo ke 57 Merdeka ( 2014 )
Janganlah ada sifat membenci yang melampau sehingga hilangnya rahmat dari yang Maha Esa. Ingatlah wahai teman, kita sudahpun diuji dengan perkara-perkara yang sangat besar, dan yang terbaru dan masih segar adalah kejadian kehilangan kapal terbang MH370 dan juga kejadian kapal terbang MH17.
Alhamdulillah juga, terima kasih kepada media di televisyen yang tidak putus-putus menyiarkan surah Al-fatihah semenjak kehilangan MH370 dan juga bacaan Al-Quran pada hari ketibaan jenazah MH17 pada 22 September 2014 yang lalu. Hanya Allah S.W.T yang akan membalas segala yang anda lakukan, insya-Allah.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada tentera darat,laut,udara dan badan-badan yang berkaitan kerana telah banyak bekorban demi agama, bangsa dan negara. Kami doakan supaya kalian semua diperbanyakkan rezeki, sihat tubuh badan dan sentiasa selamat dan dilindungi Allah S.W.T semasa bertugas. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, selamatkanlah juga mereka yang berkhidmat di luar negara seperti di Lubnan untuk melaksanakan misi pengaman PBB.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 57 dari kami di Red Mafla, terima kasih kerana sudi singgah di blog kami. Ringankanlah bibir dan mulut kita untuk meluangkan sedikit waktu untuk sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mereka yang terlibat dalam tragedi Mh370 dan MH17.
Surah Al-fatihah dan terjemahan/maksudnya
Logo-logo sambutan kemerdekaan dari tahun 1976 - 2012
Logo sambutan kemerdekaan ke 56 tahun 2013
Arwah Datuk Sudirman Haji Arshad, lagenda Malaysia.
PETRONAS Merdeka and Malaysia Day 2014: #AWalkThroughTime
PETRONAS Merdeka and Malaysia Day 2014: The Making of #AWalkThroughTime
Stillomatics: #AWalkThroughTime
Inilah Barisan Kita - Versi Lama ( old skool )
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti
*Alex Ender*
0 Comments:
Post a Comment