6 Tajuk Utama Malaysia dan Dunia Hari Ini [30 Jan 2015]

January 30, 2015
Berita dan tajuk penting yang berlaku di dalam dan luar negara, yang melibatkan politik, sukan, ekonomi, hiburan, dan lain-lain.

Sumber berita diperolehi dari akhbar-akhbar atau portal tempatan, serta portal antarabangsa.

1

Kerajaan Malaysia Umum MH370 Sebagai Kemalangan

Setelah selama 327 hari kerajaan Malaysia bersama-sama dengan China dan Australia cuba menjejaki pesawat MH370 akhirnya mengumumkan kesemua mangsa 239 orang terkorban.

Misi mencari dan menyelamat telah dilakukan sejak 8 Mac 2014 yang meliputi kawasan di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Pengumuman telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman di Shah Alam pada 29 Januari 2015 lalu.

Kredit: Akhbar Sinar Harian

2

DAP Tolak Untuk Berdebat Dengan PAS


DAP menganggap tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat sebagai melanggar protokol parti bersekutu dalam Pakatan Rakyat.

Parti DAP yang diwakili oleh Anthony Loke berkata, adalah lebih wajar Mustafa bersama pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden PAS menghadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PR untuk membincangkan isu tersebut daripada mengadakan debat terbuka.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengaku telah diminta oleh Guan Eng untuk membalas kenyataan dan cabaran Mustafa Ali itu.

Selain itu DAP juga menyatakan tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud sejak hari pertama PR ditubuhkan.

3

Krisis MIC: BN Akan Bantu


Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kemelut yang melanda parti MIC itu bukan sahaja menjejaskan parti tersebut, malahan akan mendatangkan kesan kepada BN itu sendiri.

Pihaknya akan memanggil pemimpin MIC untuk berbincang dan memberi nasihat bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Krisis adalah berikutan aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembangan parti dan Akta Pertubuhan.

4

Zamani Slam Mengaku Tidak Bersalah


Zamani Ibrahim, 43, dan Nur Juliana Rani, 32, didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram, selain turut dituduh mengambil dadah minggu lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang semalam.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan ikat jamin sebanyak RM6,500 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Mahkamah telah menetapkan sebutan semula pada 10 Mac depan.

5

Polis Keluar Amaran Waspada Taktik Langgar dan Samun

ACP Zainuddin Ahmad
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Aisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, modus operandi kumpulan penjenayah yang terdiri daripada dua hingga empat orang ini aktif melakukan jenayah tersebut pada waktu pagi, petang hingga lewat malam, terutamanya di kawasan Brickfields, Cheras dan Sentul.

Suspek akan melanggar kereta mangsa dari arah belakang, berpura-pura melihat kerosakan pada kereta mangsa seterusnya mengacukan senjata tajam lalu melarikan kereta mangsa.

Penjenayah tersebut menyasarkan kawasan-kawasan susur keluar bersempadan di antara lebuh raya atau laluan ke Kuala Lumpur dan Selangor.

Kenderaan yang sering disamun penjenayah terbabit adalah jenis Toyota Hilux, Toyota Hiace, Toyota Camry, Honda CRV, Honda Civic dan kereta mewah yang lain.

JIKA MEMPUNYAI MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN KES LANGGAR SAMUN ITU DIMINTA MENGHUBUNGI BILIK GERAKAN IBU PEJABAT KONTINJEN (IPK) KUALA LUMPUR DI TALIAN 03-2146 0685 ATAU 03-2115 9999.

6

IS Ancam Bunuh Juruterbang Jordan

Maaz ketika ditangkap anggota kumpulan militan Negara Islam (IS)
Kumpulan Militan Negara Islam (IS), semalam mengancam untuk membunuh seorang juruterbang warga Jordan, Maaz al-Kassasbeh jika Amman tidak membebaskan pengebom berani mati wanita yang mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

IS memberi masa kepada Sajida al-Rishawi sehingga matahari terbenam bagi perjanjian pertukaran tebusan.

Selain Maaz, seorang wartawan Jepun, Kenji Goto turut dijadikan tebusan oleh IS sejak minggu lalu.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top