Jenama pereka jam tangan terkemuka Romain Jerome, telah mengumumkan bersempena dengan ulang tahun ke-30 kewujudan permainan Super Mario Bros, jam tangan edisi terhad ini telah berada di pasaran pada jumlah 85 buah sahaja untuk pembeli di seluruh dunia. Biar pun menggunakan karektor permainan video sebagai tema yang kebiasaannya sinonim dengan 'gear' untuk kanak-kanak, namun rekabentuknya yang 'elegance' dan moden pasti seorang lelaki dewasa tidak akan malu untuk memakainya. Berukuran 46mm dipermukaan dan diperbuat daripada 'black titanium', termasuk 3 lapisan dail dengan gambaran pixel pada karektor Super Mario, cendawan, semak, dan awan sudah cukup untuk mengujakan kepada peminat Nintendo.
Tetapi berapakah nilai harga yang sanggup kamu belanjakan untuk memiliki jam tangan ini? Harga untuk sebuah jam tangan ini adalah USD18,950 bersamaan dengan RM80,716.58 mengikut tukaran wang semasa, November 2015. Bairpun harganya yang mahal aku yakin tidak sukar untuk mereka menjualnya kepada 85 orang di seluruh dunia.
[Database]
0 Comments:
Post a Comment