Kawasaki, jenama motor yang tidak asing lagi bagi penggemar dan pengguna motosikal di Malaysia. Seolah memecah tradisi pasaran di Malaysia di mana sebelum ini jenama ini tidaklah terlalu menonjol seperti sebelumnya. Ini kerana saingan sengit seperti Yamaha Motor sebelum ini seolah 'raja' di pasaran di Malaysia. Bagi pengguna jenama Kawasaki pula, motor berkuasa tinggi ini nampaknya semakin teguh di pasaran bermula dari 150cc dan ke atas. Barangkali mungkin kerana harga dan penyelenggaraannya yang tidak terlau cerewet dan tidak terlalu mahal. Jenama Yamaha Motor pula sudah terlalu lama bertapak di Malaysia, dan pengguna motosikal di Malaysia pula sudah sinonim dengan ketahanan dan keupayaan jentera dari jenama matahari terbit ini dan ianya masih kekal mendapat sambutan seperti biasa.
Seperti yang kita tahu, motor-motor lama juga masih bernyawa dan ada yang masih membayar cukai jalan di atas jalan raya di Malaysia oh tanah airku ini. Kebanyakan jenama yang masih utuh di hati para peminat motor-motor lama adalah jenis Yamaha. Jika biasa kita lihat ialah seperti model Yamaha Lc125, Honda MBX 80, Kawasaki AR 80 dan juga Suzuki RG 125 Gamma. Sehingga kini, jenama Honda juga tidak ketinggalan, pengguna motosikal sudah sebati dengan jenama ini.
Huraian saya hanyalah pendapat peribadi dan jenama-jenama motor yang saya sebutkan tadi di mana pengguna jenama-jenama tersebut adalah saya ambil secara umum sahaja. Dari motosikal kuasa rendah(cc) hinggalah ke kuasa(cc) yang lebih tinggi.
Baiklah, video ni berkenaan pandu uji motor kuasa tinggi. Tapi hanya di uji di trek lurus. Saya tidaklah tahu sangat hal berkaitan motor ni, cuma bila dah tidak tahu nak tengok apa di Youtube, video ini pun layan juga. Dalam banyak-banyak video pandu uji, saya kongsikan dengan kalian video ini. Keputusan mesin yang paling hebat dalam video ni pun susah juga nak huraikan, ini kerana banyak faktor yang perlu di ambil antaranya ialah sesebuah mesin yang hendak dipandu uji juga bergantung kepada cara penunggang atau bahasa pasar campurnya seperti 'jockey' 'rider' mengawal jentera yang ditunggangnya itu.
Jika motor dah di ubah dan di naik taraf macam-macam pun, tapi kalau 'rider' tak cukup 'kering'+hebat ataupun kekok untuk kendalikannya pun, tak ke mana juga. Apa-apa pun mari kita layan video ni, semoga sedikit sebanyak membantu menghilangkan kebosanan selama 06:27 minit anda!. Tapi sebelum menonton, agak-agak kalian jentera manakah yang lebih hebat?
Ini adalah antara perbualan yang saya ambil dari komen antara mereka yang sudah memiliki dan merasa pakai motor berkuasa tinggi.
''Tapau straight jer
Bmw barang die bagus tapi mati nk mantain''
''Kawa ringan macam suzi jgk''
''suzuki ok ..sedap gak..tak besar sangat dan tak kecil sgt..main trek bapak best...cuma engine breaking die kureng skit...tapi ok la puas hati..maintainance pun ok...''
#Oh Malaysiaku Modenasku!
#Harga-harga motor di pasaran Malaysia yang saya paparkan ini hanyalah anggaran kasar. Mungkin ada yang sudah turun, atau ada yang jual harga runtuh siap dengan pakej ekzos Akrapovic, atau sebagainya mengikut harga pasaran. - Red Mafla
Berikut saya senaraikan harga-harga sebahagian model motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.
Tiga lagi jenama di bawah ini, tiada dalam video. Saya masih ternanti-nanti bila mereka akan pandu uji bersama. Barulah bertambah semangat nak tengok jentera Asia VS jentera Euro! Memang ada video pandu uji motor-motor ini, tapi 'feel' tidak sampai!. Motor CBR 1000RR ABS di bawah ini orang gelar 'rabbit'.
#Harga-harga motor di pasaran Malaysia yang saya paparkan ini hanyalah anggaran kasar. Mungkin ada yang sudah turun, atau ada yang jual harga runtuh siap dengan pakej ekzos Akrapovic, atau sebagainya mengikut harga pasaran. - Red Mafla
'' Lain kedai lain harganya, Lain kedai lain hadiahnya,
Lain kedai lain pancingnya, Lain kedai lain mata kailnya! '' Red Mafla Quotes
Berikut saya senaraikan harga-harga sebahagian model motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.
BMW S1000 RR RM100'00 (motor terpakai) |
Ducati 1199 Panigale RM 160'000 - RM209'000 |
Ducati 1199 Panigale (tajaan) |
Yamaha YZF R1 RM 89'800 |
Honda CBR 1000RR Fireblade RM 95'000 |
Kawasaki ZX10R RM86'900 |
Suzuki GSX-R 1000 K10 - RM 85'500 Suzuki GSXR 750 - RM 63'000 Suzuki GSX-R 600 SE - RM 60'500 |
Tiga lagi jenama di bawah ini, tiada dalam video. Saya masih ternanti-nanti bila mereka akan pandu uji bersama. Barulah bertambah semangat nak tengok jentera Asia VS jentera Euro! Memang ada video pandu uji motor-motor ini, tapi 'feel' tidak sampai!. Motor CBR 1000RR ABS di bawah ini orang gelar 'rabbit'.
Honda CBR 1000 RR - RM 80'000 Honda CBR1000RR C-ABS - RM 107,000 & RM 107,600 |
Aprilia RSV4 RM99,800 (RSV-R) RM121,300 (RSV-Factory) |
MV Agusta F4 1078 RM 135'000.0o |
MV Agusta F4 1000 RM 149'000 |
BMW HP4 |
BMW HP4 RM 158'888.00 |
Alex Ender - Red Mafla
0 Comments:
Post a Comment