Sengih Plankton di Red Mafla [i] , silakan! - Red Mafla


Sengih Plankton di Red Mafla

Sila nikmati Sengih Plankton di Red Mafla [i] 

Shanti : Ama, belikan saya iguana ? Saya nak bela iguanalah
Ibu         : Iguana ? hisy...kita nak beri binatang tu makan apa ?
Shanti    : Alah, ama belilah iguana yang dekat sangkarnya ada tulis ' Dilarang memberi      makanan' !.

=======================Red Mafla============================

Shamri yang sedang sibuk bekerja tiba - tiba mendapat panggilan telefon dari isterinya, Faridah.

Faridah : Bang, ada berita nak sampaikan.
Shamri  : Berita apa ? cepat sikitlah, abang sibuk ni!
Faridah : Satu berita baik, satu berita buruk. nak dengar yang mana dulu ?
Shamri  : Yang buruk dululah.
Faridah : Okey...berita buruk, mesin basuh kita rosak.
Shamri  : Aduuuh...kopak! Kopak duit aku ! berita baiknya ?
Faridah : Petang ni kita dapat mesin basuh baru, besar, automatik, 12 kilogram!

========================Red Mafla===========================

Seorang bapa duduk di kerusi taman memerhatikan kanak-kanak rancak bermain di padang. Dia mengeluh...

''Zaman sekarang ni susah kita nak bezakan mana budak lelaki, mana budak perempuan. Sama aja.Tengoklah budak lelaki tu...'' kata si bapa tadi sambil menunjuk ke arah seorang budak berbaju hijau yang sedang berlari - lari dengan kawannya,

Orang yang duduk di kerusi sebelahnya tercengang, ''Itu anak saya. Dia bukannya lelaki, dia perempuan.''

Si bapa tadi tersipu-sipu. Dia cepat-cepat minta maaf. '' Saya tak bermaksud nak malukan encik. Maaflah, saya tak tahu encik ni bapanya...''

Orang yang di sebelahnya tadi sekali lagi menggaru kepala. '' Tidak, saya bukan bapanya,saya emaknya''.


Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top