Sengih Plankton di Red Mafla [ii] , silakan! - Red Mafla

Sengih Plankton di Red Mafla

Sila nikmati Sengih Plankton di Red Mafla [ii] 

Dollah, seorang pelakon teater, menghadapi masalah susah mengingati skrip. Maklumlah, umurnya dah meningkat, banyak masalah pula. Puas Dollah berubat tetapi hasilnya mengecewakan. Suatu hari, seorang pengarah teater menawarkannya berlakon. Adegannya pendek saja, dialog pun ringkas. Dollah pasti dapat mengingatinya.

Kata pengarah : '' Peranan awak mudah saja, tapi sangat penting sebab ia aksi pertama sebagai pembukaan pementasan. Bila tirai dibuka, awak hendaklah naik ke pentas dengan membawa sekuntuk mawar. Pegang bunga itu dengan tangan kanan, ciumnya dalam-dalam dan berkata, ''Ahhh,harumnya baumu wahai
mawar, bunga kesayanganku'' sambil tangan yang sebelah lagi didepangkan ke udara. Ingat tu ! ''

Dollah mengangguk. Sepanjang hari dia berlatih bersungguh-sungguh dan mencuba aksi itu berulang-kali. Hari pementasan tiba, penonton bertepuk tangan, dewan riuh rendah dengan sorakan.

Tirai dibuka dan tugas Dollah pun bermula. Penuh bersemangat Dollah berjalan ke tengah pentas, kemudian berkata, ''Ahhh, harumnya baumu wahai mawar, bunga kesayanganku'' sambil tangan kirinya diangkat ke udara.

Suasana tiba-tiba menjadi kecoh. Penonton ketawa terbahak-bahak. Dari belakang pentas terdengar si pengarah menjerit. '' Tak guna! kamu hancurkan teater arahan aku yang pertama ni. Pergi! Pergiiiiiii!!!

Dollah terpinga-pinga. '' Kenapa ? Saya salah baca skrip ke ? ''
'' Tak !!!'' jerit pengarah. '' Kamu lupa bawa bunga mawar!''


========================RedMafla=======================


Mutusami yang sakit tenat dikelilingi saudara mara dan isterinya, Kavita. Kempat-empat anaknya pun ada sama, cantik dan tampan, kecuali yang bongsu - kurus, hitam dan hodoh pula.

Mutusami berbisik kepada isterinya, '' Sayang, betulkah anak bongsu kita ni daripada darah daging abang ? Abang hendakkan kepastian sebelum abang meninggal dunia. Abang akan maafkan sayang kalau sayang be...''

Kavita memintas, '' Ya, bang. Betul dia anak abang. Saya bersumpah, abang adalah ayahnya.''

Mutusami mati dengan tersenyum. Kavita pula mengurut dada, dalam hatinya berbisik, '' Nasib baik dia tak tanya pasal yang tiga lagi.''

========================RedMafla=======================


Kumin didenda supaya menulis perkataan, ' Saya minat sejarah ' sebanyak 100 kali disebabkan dia gagal dalam ujian mata pelajaran tersebut. Sepuluh minit berlalu, guru sejarah datang memeriksa buku Kumin. Dia terkejut...

'' Kumin! Saya suruh awak tulis 100 kali, tapi awak tulis 30 kali aja. Kenapa ni Kumin ?'' si cikgu marah.

'' Maaf cikgu,'' jawab Kumin, '' Saya ni memang lemah matematik.''

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top