Sekolah Vittra Brotorp di Stockholm Yang Super Awesome dan Bergaya Moden - Red Mafla


Rosan Bosch adalah seorang seorang pereka dalaman yang pada aku dia adalah 'super kreatif'. Jadi tidak hairanlah beliau dapat merekabentuk pejabat Lego di Denmark dengan jayanya sungguhpun sukar baginya ?. Masih ingat lagi kata-kata beliau, '' Jika tidak berhenti bekerja, bila imaginasi akan bermula ?''~

Untuk rekaannya di sekolah ini, beliau telah membina ruang serbaguna dan hiasan dalaman yang berwarna warni. Rosan Bosch Studio telah mencipta reka bentuk dalaman dengan persekitaran ruang pembelajaran yang fleksibel untuk menyokong pelbagai situasi pembelajaran yang berbeza. Di sekolah ini terdapat tiga kumpulan umur yang berbeza. Rekabentuknya juga menyokong segala peraturan yang ditetapkan dan seterusnya memainkan peranan penting dalam rutin harian di sekolah ini.

Vittra Brotorp juga dilengkapi dengan ruang untuk berhimpun dimana guru-guru akan menyediakan tugasan kepada kumpulan-kumpulan besar dan selepas itu pelajar boleh bikin tugasan secara individu dimana ruang-ruang kecil yang mempunyai ruang 'privacynya' yang tersendiri atau dalam kumpulan kecil . Suka hati kalianlah, janji tugasan mesti siap yaw! . Ya, rekaaan dalaman beliau di sekolah ini memang 'super practical'  ! Genius !
[14gambar]














*Alex Ender*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top