David Icke |
Icke merupakan penyampai sukan di saluran television BBC dan jurucakap kepada parti politik Green Party, pada tahun 1990 seorang psychic telah menemuinya dan memberitahu bahawa dia adalah "orang khas" yang diletakkan dibumi untuk tujuan tertentu. Pada Mac 1991 beliau telah membuat satu sidang akhbar untuk memberitahu bahawa beliau adalah "Son of the Godhead" - yang kemudiannya telah memberitahu bahawa pihak media telah salah faham - dan pada bulan seterusnya beliau telah memberitahu kepada Wogan dalam rancangan bual bicara di saluran BBC dimana dunia akan musnah daripada ombak besar dan gempa bumi. Beliau memberitahu selepas rancangan tersebut hidupnya telah berubah, daripada seorang yang dihormati kepada individu yang ditertawakan masyarakat apabila dia muncul ditempat awam.
Namun beliau tetap meneruskan perjuangan idealoginya dengan menerbitkan empat buah buku didalam tempoh tujuh tahun - The Robots' Rebellion (1994), And the Truth Shall Set You Free(1995), The Biggest Secret (1999), and Children of the Matrix (2001) – telah menerapkan satu pandangan baru yang menggabungkan kerohanian zaman Dunia-Baru dengan dengan pembatalan trend totalitarian di dunia moden. Perkara yang menjadi tunjang disebalik pendapatnya adalah wujudnya satu kumpulan rahsia terdiri daripada kelompok manusia reptilia yang diberi nama 'Babylonian Brotherhood' yang mengawal manusia, dan mendakwa bahawa ramai tokoh-tokoh terkenal dunia sebenarnya adalah reptilia.
Icke telah menyifatkan individu Micheal Barkun adalah diantara orang penting didalam "Konspirasi Dunia Baru," telah menulis bahawa dia adalah diantara yang berpengaruh didalam kumpulan konspirasi ini. Richad Kahn dan Tyson Lewis telah menolak sebarang dakwaan berkenaan hypotesis reptilia dan menyifatkan ianya hanyalah bahan jenaka dari Swiftian.
Sumber artikel dan gambar: Wikipedia
0 Comments:
Post a Comment