[viral] Virus Budaya Video Vine Berdurasi 6 saat! - RED Mafla

Video Vine, terlalu banyak versi Vine ni di page-page facebook, antaranya Funny Vine, Best Vine, Crazy Vine, Hilarious Vine, Turkey Vine dan Vine Malaysia juga tidak ketinggalan budaya kreatif buat video berdurasi enam saat ini. Video yang akan dimuatnaik ke page-page di Facebook Vine ini mestilah tidak lebih dari 6saat atau 7 saat sahaja kebiasaannya (ada juga yang lebih sedikit). 

Video Vine boleh dikatakan telah menjadi viral di sesetengah negara. Seperti sebelum ini dan sehingga sekarang orang suka mengajuk sesuatu video yang boleh dibahan ataupun dikenali dengan 'troll', 'sarcasm',dan durasi video parody agak panjang melebihi satu minit dan di muatnaik ke laman sesawang Youtube dan bagi mereka yang bergiat aktif membuat video ajukan ini mempunyai channel dan peminatnya yang tersendiri.

Seperti planking, pernah menjadi ikutan di kebanyakan negara. Semua budaya pelik ini hanyalah benda yang tiada mendatangkan apa-apa manfaat dan faedah pun, cuma hanya untuk ejoy!. Dan budaya Vine Video yang telah menjadi viral ini pun bukanlah semuanya ok, kadang ada yang kreatif, terlebih sudah dan entah apa-apa dan banyak perkataan carutan! hahaha! tak elok tu! . 

Dan ianya juga tidaklah sesuai dengan budaya kita di Malaysia ini kecuali video kreatif kita tu ada mesejnya yang tersendiri!. Ada juga Video Vine ni diparodikan ke 6 saat sahaja. Kalau tidak faham cara video vine ni disampaikan, sila baca tajuk yang ditunjukkan di video. Sementara Video Vine ini tengah hangat, kebanyakan compilation Video Vine akan mencecah paling minima enam angka dan ada yang mencecah sehingga tujuh angka penonton di laman video Youtube! virus tersebar!, alert-alert!. - RED Mafla

#rating post dan video pada pendapat aku jika 1 hingga 5 = LOL 3 1/2 bintang!


Yang ini salah satu kegemaranku! kucing ini sangat lawak! 
- Cat Teaches How To Twerk! memang super LOLz! -



Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top