Penjaring Gol Terbanyak Sepanjang Zaman

Cristiano Ronaldo
Pemain berprofail tinggi, Ronaldo, telah menjaringkan 5 gol dikejohanan Eropah musim ini, dan akan menyamai jumlah jaringan Ruud Van Nistelrooy jika berjaya menjaringkan dua gol ketika bertemu Juventus pada malam rabu ini di Santiago Bernabeu.

Cristiano Ronaldo akan mengetepikan Van Nistelrooy dan menganjak ke kedudukan tempat ketiga senarai penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara Eropah (Champion League) sepanjan zaman. Penyerang pasukan 'The Blancos' ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang disepanjang musim kejohanan ini, dimana telah menjaringkan gol sebanyak lima kali dalam dua perlawanan sebelum ini ketika menentang kelab Galatasaray dan Copenhagen.

Raul Gonzales
Oleh yang demikian, Ronaldo kini hanya dipisahkan satu tangga dan satu gol dibelakang bekas pamain PSV, Manchester United dan Real Madrid, Van Nistelrooy yang telah menjaringkan 56 gol untuk 73 penampilan di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.

Hanya Lionel Messi yang boleh berbangga dengan prestasi yang lebih baik menjaringkan gol. Bintang Barcelona ini berada dikedudukan kedua didalam senarai 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan menjaringkan gol sebanyak 63 kali dalam 81 perlawanan, dan purata sebanyal 0.78 gol untuk setiap perlawanan.

Jika beliau mengekalkan prestasinya untuk kejuaraan musim ini, tidak mustahil untuk dirinya mengenepikan pemain legenda Real Madrid, Raul Gonzales yang mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan Eropah dengan jumlah jaringan sebanyak 71 gol untuk 144 perlawanan.

Lionel Messi 
Van Nistelrooy

Dibawah ini adalah senarai penuh 10 pemain bagi Penjaring Gol Terbanyak Liga Juara-Juara Eropah Sepanjang Zaman.

Senarai ini direkodkan pada, sebelum perlawanan ketiga peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah untuk musim 2013/2014.

  1. Raul - 71 Gol
  2. Lionel Messi - 63 Gol
  3. Ruud Van Nistelrooy - 56 Gol
  4. Cristiano Ronaldo - 55 Gol
  5. Thierry Henry - 50 Gol
  6. Andriy Shevchenko - 48 Gol
  7. Filippo Inzaghi - 46 Gol
  8. Alessandro Del Piero - 42 Gol
  9. Didier Drogba - 41 Gol
  10. Karim Benzema - 33 Gol
    • Fernando Morientes - 33 Gol
    • Zlatan Ibrahimovic - 33 Gol

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top