6 Siri Letupan Bom Paling Buruk Pernah Berlaku

Terdapat begitu banyak kumpulan pengganas di seluruh dunia dan menggunakan agama atau pemikiran radikal sebagai tunjang perjuangan mereka untuk menghancurkan bumi dan membunuh orang ramai. Kesemua mereka ini kononnya berjuang demi agama mereka, sedangkan perbuatan mereka ini tidak di benarkan sama sekali di dalam agama masing-masing dan dilarang untuk bertindak ganas, apatah lagi untuk membunuh nyawa yang tidak bersalah di dalam persengketaan mereka dengan pihak yang mereka tentangi 

Berikut adalah 6 Siri Letupan Bom Paling Buruk Pernah Berlaku di seluruh dunia membabitkan kematian yang tinggi, serta pihak yang bertanggungjawab bagi setiap serangan tersebut.

6. Pan Am Flight 103


Para pegawai penyiasat memeriksa bangkai kapal terbang (Pan Am Flight 103) yang terhempas di Lockerbie

Pan Am Flight 103 (juga di kenali sebagai Lockerbie Bombing) yang membuat penerbangan dari Lapangan Terbang Heatrow London ke Lapangan Terbang John F. Kennedy New York telah musnah kerana letupan bom pada hari rabu, 21 Disember 1988, membunuh kesemua 243 penumpang dan 16 anak kapal. Bukan setakat itu sahaja, Flight 103 telah terhempas di Lockerbie, Scotland dan membunuh 11 lagi yang lain di darat.

Siasatan yang berlanjutan sehingga tiga tahun itu melibatkan dua badan agensi iaitu Dumfries and Galloway Constabulary dan U.S Federal Bureau Investigation, berjaya membabitkan dua suspek utama yang merupakan warga Libya dan telah mengeluarkan waran penangkapan mereka pada November 1991.  Pada 2001, Abdelbaset al-Megrahi, yang merupakan seorang pegawai risikan Libya telah disabitkan dan dipenjarakan kerana meletupkan kapal terbang Pan Am Flight 103, tetapi telah dibebaskan pada Ogos 2009 oleh kerajaan Scotland atas alasan belas kasihan kerana beliau menghidapi penyakit kanser prostat, dan meninggal dunia 3 tahun selepas itu.


5. Berek Amerika Syarikat dan Perancis


Keadaan berek pasukan Marin Amerika selepas 20 tahun diletupkan

Dua buah trak bom secara berasingan telah meletupkan dua buah bangunan perumahan Marin Amerika Syarikat dan Tentera Perancis, di Beirut, pada hari ahad, 23 Oktober 1983. Angka korban kepada dua serangan serentak tersebut telah menyebabkan seramai 299 orang telah mati dan 161 yang lain tercedera.

Serangan terbabit telah membawa kepada pengunduran kepada pasukan tentera pengaman antarabangsa dari Lubnan, di mana perang saudara sedang melanda di negara itu. Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Islamic Jihad' telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.


4. Kedutaan Amerika Syarikat


Keadaan bangunan kedutaan Amerika di Nairobi, Kenya
Siri letupan kepada kedutaan Amerika Syarikat yang paling buruk pernah berlaku adalah di Nairobi, Kenya dan Dar es Salaam, Tanzania, di mana 303 nyawa telah terkorban serta 4,954 yang lain telah tercedera. Peristiwa yang berlaku pada 7 Ogos 1998 adalah serangan yang menggunakan trak yang padat dengan bom, dan telah diletupkan di luar kedutaan Amerika secara serentak di kedua-dua lokasi pada tarikh yang sama kepada ulang tahun ke-8 ketibaan askar Amerika di Arab Saudi.

Serangan tersebut telah dikaitkan dengan sebuah pertubuhan Jihad Islam Mesir, membawa kepada Osama bin Laden dan Ayman al-Zawahiri, dan organisasi mereka al-Qaeda, serta menarik perhatian kepada Amerika Syarikat buat pertama kali, dan menyebabkan Osama Laden tersenarai sebagai 10 individu yang paling di kehendaki oleh Federal Bureau Investigation (FBI), manakala Fazul Abdullah Mohammed merupakan dalang kepada siri pengeboman itu.


3. Bandaraya Bombay (Mumbai)


Bombay yang kacau bilau selepas letupan bom di bandar tersebut

Peristiwa letupan pada hari Jumaat, 12 Mac 1993 merupakan siri ke-13 untuk serangan di Maharashta, Bombay, dan yang terburuk sekali di dalam sejarah India. Serangan yang berlaku di dalam tempoh satu hari itu telah menyebabkan 350 orang mati dan 1,200 lagi mengalami kecederaan. 

Serangan diselaraskan oleh satu sindiket jenayah terancang antarabangsa bernama D-Company, dan dirancang oleh individu bernama Dawood Ibrahim dan dibantu oleh orang kepercayaannya, Tiger Memon.


2. Air India Flight 182


Inderjit Singh Reyat kelihatan tenang ketika gambarnya diambil

Air India Flight adalah sebuah syarikat penerbangan Air India yang beroperasi melalui laluan Toronto-Montreal-London-Delhi-Bombay. Pada 23 Jun 1985, kapal terbang yang beroparasi - Boeing 747-237B - telah diletupkan pada altitude 31,000 kaki (9,400 m) dengan bom, dan telah terhempas di Lautan Atlantik ketika berada di ruang udara Ireland.

Jumlah keseluruhan kematian adalah seramai 329 orang, termasuk 268 rakyat Kanada, 27 British, dan 24 orang warga India. Insiden itu merupakan pembunuhan beramai-ramai terbesar di dalam sejarah Kanada, dan bencana penerbangan yang paling dahsyat pernah berlaku.

Bahan letupan itu diletakkan di radio di dalam sebuah beg dan menggunakan bom jenis jangka masa. Suspek utama kepada pengeboman ini adalah sebuah kumpulan milatan Sikh yang digelar Babbar Khalsa dan beberapa lagi yang berpengkalan di Kanada. Beberapa suspek telah ditangkap dan dibicarakan, salah seorangnya adalah Inderjit Singh Reyat, seorang penduduk Kanada, merupakan satu-satunya individu yang disabitkan terlibat dalam pengeboman itu.


1. Perkampungan Kurdish


Kemusnahan yang teruk di kampung Al-Adnaniyah

Al-Qaeda telah di pertanggungjawabkan ke atas pengeboman di Iraq pada 14 September 2007 yang mengorbankan 520 orang dan 1500 orang lagi yang tercedera - satu siri pengeboman yang terburuk selepas kejatuhan Saddam Hussein. Lima lori tangki minyak yang dipandu oleh pengebom berani mati telah menuju ke dua buah perkampungan puak Kurdish iaitu  Al-Adnaniyah dan Al-Qataniyah yang berfahaman Yazidi sebelum meletupkannya secara serentak.

Teori rangkaian pengganas al-Qaeda dengan sengaja menimbulkan kekecohan di seluruh dunia agar Islam dapat di gambarkan sebagai agama yang radikal dan dicemuh oleh seluruh dunia.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top