7 Tempat Berhantu Di Serata Dunia

Adakah di antara anda yang pernah melawati tempat-tempat berhantu, tidak kira di mana lokasinya? Saya percaya ada di antara kita ini yang meminati tempat-tempat sebegini dan ingin untuk melawatinya. Jadi, kami sebagai medium informasi kepada anda semua, ingin berkongsi 7 senarai pilihan kami bagi tempat-tempat berhantu di serata dunia bermula dengan di negara Filipina...

7

Manila Film Center, Filipina


Bangunan ini tidak nampak menyeramkan seperti bangunan-bangunan lama atau istana lama yang telah ditinggalkan atau tidak berpenghuni lagi. Tetapi telah berlaku satu peristiwa yang menyedihkan dan tragis semasa tempoh pembinaannya pada tahun 1981. Seramai 169 orang pekerja binaan telah terbunuh kerana  terjatuh ke dalam 'simen cepat kering'. Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian tidak dibenarkan untuk memasukinya sehingga kenyataan rasmi diumumkan.

Hanya selepas 9 jam kemudian baru mereka dibenarkan masuk untuk kerja-kerja menyelamat. Apa lagi yang hendak diharapkan selepas 9 jam tertanam hidup-hidup didalam simen? Hanya mayat-mayat yang telah keras. Di katakan juga masih terdapat lagi mayat-mayat yang masih tidak dikeluarkan dan kekal tertanam di bangunan itu sehingga sekarang.

6

Hell Fire Club di Montpelier Hill, Ireland


Pada asalnya rumah yang diberi nama Hell Fire Club ini dibina sebagai tempat persinggahan pemburu, tetapi kini telah digunakan oleh sebuah kumpulan elit penyembah syaitan dari Dublin. Khabar angin juga tersebar mendakwa kumpulan elit ini telah melakukan banyak korban dari haiwan hinggalah kepada korban manusia. Tempat ini juga menjadi pilihan destinasi pelancong didalam dan luar negara selain menjadi tempat paling digemari bagi penjejak hantu.

5

Istana Iulia Hasdeu, Romania

Iulia Hasdeu Castle, Romania


Istana ini dibina oleh Bogdan Petriceicu Hasdeu hanya selepas kematian anak perempuannya, Iulia, pada usia 19 tahun. Hasdeu membina istana ini demi mengingati Iulia dan separuh hidupnya telah dihabiskan hanya untuk mengingati anak perempuannya itu. Beliau mempelajari teknik untuk menjadi pawang penghubung di antara manusia dan roh hanya semata-mata untuk berhubung dengan Iulia,  dan telah mereka sebuah bilik khas untuk dirinya berlatih. Dinding bilik tersebut semuanya berwarna hitam.
Hantu Iulia dilaporkan masih kekal di istana tersebut, berjalan di halaman rumah dengan berpakaian putih sambil memegang bunga matahari ditangannya. Dan tidak lupa juga Iulia masih bermain piano pada setiap malam.

4

Aokigahara, Jepun

Aokigahara, Jepun


Jika ada di antara anda yang pernah melawat ke tempat ini, sesungguhnya kalian adalah lebih berani daripada kami. Terletak di lokasi Mt. Fugi, kamu akan menemui Aokigahara, Hutan Membunuh Diri paling terkenal di Jepun dan di dunia. Tidak tahu mengapa, jika mereka ingin membunuh diri, mereka akan memilih hutan ini. Jadi setiap setahun sekali pihak berkuasa tempatan akan memasuki hutan puaka ini untuk mengeluarkan mayat-mayat yang tergantung di pokok-pokok.

Pihak berwajib kini tidak lagi mengumumkan kepada umum jumlah mayat yang mereka jumpai setiap tahun. Mengikut rekod yang terakhir pada tahun 2004, seramai 108 orang telah membunuh diri di sana.  Ironinya, pihak polis tempatan telah meletakkan papan tanda di sepanjang laluan hutan tersebut bagi mempengaruhi orang yang mempunyai niat untuk membunuh diri supaya berpatah balik dan membatalkan niat mereka. Papan tanda itu  berbunyi "Nyawa anda adalah anugerah daripada ibu bapa anda" dan "Sila minta nasihat dari pihak polis sebelum anda membuat keputusan untuk mati." Difahamkan, rakyat Jepun percaya bahawa hutan Aokigahara berhantu dan berpuaka dan dipenuhi dengan roh-roh si mati.

Berdasarkan kepada cerita legenda, pada zaman dahulu kala, ketika zaman kebuluran di jepun, ramai yang tidak mampu memberi makan kepada keluarga mereka dan ada di antaranya telah meninggalkan keluarga mereka di hutan ini, dan akhirnya akan mati kebuluran. Hantu-hantu mereka terus kekal di hutan ini sehingga sekarang.

3

Kubu Kota Bhanghar, India

The Bhanghar Fort, India


Anda rasa masih belum takut lagi jika sudah melawati Hutan Aokigahara? Teruskan pengembaraan kamu ke India. Disana kami menyarankan anda untuk melawat Kubu Kota Bhanghar di Alwar di daerah Rajasthan. Kubu kota ini dibina pada tahun 1573 dan masih kekal sehingga kini tetapi beberapa bangunan seperti kuil, istana dan rumah-rumah kecil telah musnah di telan zaman.

Mengikut kepada kisah terdahulu, kota ini di telah disumpah oleh seorang pawang yang tinggal di kota itu. Pawang tersebut telah jatuh cinta dengan puteri raja Banghar. Memandangkan pawang tersebut mempunyai kuasa ilmu hitam yang kuat, beliau telah mencuba untuk memikat puteri raja tersebut dengan meletakkan jampi didalam semangkuk air dan diberikan kepada puteri tersebut. Tetapi helah pawang itu tidak berjaya.  Puteri tersebut telah mengetahuinya dan melemparkan mangkuk tersebut ke arah sebuah batu besar. Akibat dari perbuatan itu, batu besar tersebut telah bergegar dan mula bergolek. Batu tersebut akhirnya bergolek dengan laju betul-betul menuju ke arah pawang tersebut yang sedang berjalan dan membunuhnya. Sebelum mati beliau telah bersumpah bahawa kota tersebut akan hancur dan penduduknya akan mati kesemuanya.

Tidak lama selepas itu, kota tersebut telah diserang dan dijajah. Kebanyakkan penduduknya telah mati dibunuh, dan tidak terkecuali juga puteri tersebut. Manakala penduduk yang masih hidup telah lari meninggalkan kota itu. Sumpahan pawang tersebut masih lagi menguasai kota tersebut, dan hantu-hantu yang mati dibunuh itu juga masih kekal menghuni Kota Kubu Banghar.

2

The Princess Theater, Australia

The Princess Theatre, Australia


Dari India kita beralih ke Australia pula yang tidak ketinggalan dari kisah-kisah tempat berhantu. Antara tempat yang popular adalah sebuah bangunan teater, yang di huni oleh hantu yang bernama Frederici. Sejarah menyatakan, Frederick Baker, atau Frederici, adalah penyanyi barotine dari Itali yang mati di atas pentas pada tahun 1888.

Serentak dengan persembahan lagunya yang terakhir, secara tiba-tiba pintu bumbung telah jatuh diatas pentas di hadapannya dan membuatkan pentas itu roboh dan beliau juga telah jatuh ke bawah. Frederick mati kerana serangan jantung akibat terkejut dengan kejadian itu. Untuk sepanjang tahun setiap kali jika ada persembahan pentas, pihak pengurusan akan mengosongkan sebuah kerusi untuk Frederici duduk dan menikmati malam persembahan itu. Jika anda cukup berani, anda boleh duduk di sebelahnya.

1

Rumah Pesakit Gila Beechworth, Australia

The Beechworth Lunatic Asylum, Australia


Tempat paling menakutkan di dunia pilihan kami dan jatuh ditempat pertama adalah, Rumah Pesakit Gila Beechworth, Australia. Asalnya rumah pesakit gila  ini di beri nama Mayday Hills Lunatic Asylum. Terletak di Victoria, Australia, hospital gila ini telah beroperasi sejak dari tahun 1867 sehingga tahun 1995. Mempunyai kemampuan untuk menampung sehingga 1,200 orang pesakit dalam satu masa.

Seperti di dalam filem seram, bangunan ini telah menyaksikan lebih dari 9000 orang pesakit yang mati sepanjang tempoh 130 tahun. Tidak dapat diragui lagi bahawa tempat ini sememangnya berhantu sehingga kini. Para pelancong juga di beri peluang untuk mengikuti program menjelajah bangunan ini pada waktu malam. Kami akan mengatakan "tidak," terima kasih saja.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top