Misteri Kemunculan Kapal Terbang Selepas 55 Tahun Hilang

Pada tahun 1995 dunia digemparkan dengan berita tentang kemunculan semula sebuah kapal terbang jenis DC-3 yang hilang pada tahun 1939 berikutan laporan daripada sebuah akhbar iaitu Weekly World News pada tahun tersebut

Keratan laporan akhbar pada tahun 1995


Penerbangan DC-3 dari Rio de Janeiro ke Havana itu telah hilang, dan hanya muncul 55 tahun selepas itu, mendarat di lapangan terbang Bogota, Colombia, pada disember 1994. Kapal terbang tersebut membuat pendaratan tanpa menghubungi pusat kawalan trafik udara dan hampir bertembung dengan sebuah kapal terbang yang lain.

Pihak keselamatan bergegas ke lokasi, dan telah menemui sesuatu yang menakjubkan, dimana terdapat 36 rangka manusia didalamnya. Bagaimana sebuah kapal terbang yang hilang pada tahun 1939 dan muncul pada tahun 1994, membuat pendaratan selamat, dan hanya rangka manusia didalamnya?

Memetik laporan daripada Herman Guevara yang merupakan salah seorang daripada 100 orang pakar penerbangan yang menyiasat fenomena ini:

"Misteri yang sangat hebat, sejak kehilangan kapal terbang DC-3 pada tahun 1939, mereka mendarat, dan menemui 36 rangka manusia, kopi yang masih panas, dan jenama rokok Old Gold yang sudah lama tidak wujud. Salah seorang penumpang mempunyai surat khabar bertarikh 16/04/1939, tetapi telah kekuningan serta masih berbau cetakkan.

"Saya berharap agar dapat memberi penjelasan kepada fenomena ini, tetapi saya juga seperti mereka yang lain, tidak dapat merungkai perkara sebenar disebalik kejadian ini."

Selain dari mereka yang mendakwa kapal terbang tersebut telah merentasi masa, separuh dari pakar tersebut juga mempercayai bahawa fenomena ini mempunyai kaitan dengan makhluk asing (Alien), dimana secara logiknya pendaratan secara automatic adalah mustahil, dan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan satu alat kawalan jauh yang besar untuk mendaratkannya.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top