Ramires: Saya Tidak Merebahkan Badan

Pemain Brazil ini berjaya mendapatkan sepakan penalti dimasa kecederaan bagi menafikan tiga mata untuk pasukan West Brom di Stamford Bridge, dan menegaskan karakter dirinya bukanlah seorang penipu

Ramires 'jatuh' selepas perlanggaran dengan Steven Reid


Ramires membidas tuduhan bahawa dia dengan sengaja menjatuhkan badan didalam kotak penalti setelah terdesak ketika ketinggalan 1-2 di minit terakhir dalam perlawanan sabtu lalu dan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Gol pembukaan dari Samuel Eto'o untuk pasukan tuan rumah langsung tidak mematahkan semangat pasukan West Brom, dan berjaya mendahului 2-1 dengan melalui cetakan gol daripada Shane Long dan Stephane Sessegnon.

Tetapi pada minit kecederaan, Ramires telah mendapatkan sepakan penalti, dimana Eden Hazard telah menyempurnakannya, berikutan pelanggaran dengan Steven Reid didalam kotak penalti.

"Saya tidak pernah menggunakan helah merebahkan badan untuk mendapatkan sepakan percuma atau penalti. Ianya bukan karakter saya, dan kepada mereka yang mengenali saya, mereka tahu bagaimana sikap saya ketika dipadang," Ramires berkata kepada ESPN Brazil.

Pengurus West Brom, Clarke, telah mengkritik keputusan pengadil perlawanan Andre Marriner yang menghadiahkan sepakan penalti, dan mendakwa bahawa Ramires telah merebahkan badannya terlebih dahulu sebelum perlanggaran berlaku.

"Saya terkejut dengan keputusan itu, saya tidak dapat mempercayainya tetapi saya tidak boleh mengubahnya," Clarke memberi reaksinya kepada wartawan selepas perlawanan berakhir.

"Saya sudah berada lama didalam bola sepak dan saya tahu apabila Ramires jatuh, dia sebenarnya telah jatuh lebih awal sebelum pemain lawan mendekatinya.

"Pengadil begitu yakin 100 peratus  bahawa itu adalah penalti. Bagaimana dia boleh berfikir begitu? Satu keputusan yang teruk."

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top