5 Filem Seram 2014

Kepada peminat filem seram, kami ada senarai 5 filem seram terbaru bermula dari tayangan pada bulan Mei lepas dan yang akan datang di pawagam berhampiran anda. Tidak pasti samada filem-filem ini melepasi syarat-syarat kerajaan Malaysia bagi tayangan di negara ini. Walaupun senarai ini agak lewat memandangkan sekarang adalah bulan Julai, setidak-tidaknya ianya berguna sebagai panduan untuk anda bersedia menontonnya pada masa akan datang atau membeli DVD keluaran asli pengedar sah di Malaysia.

5

Stage Fright



Senarai kami bermula dengan filem Stage Fright, di mana seorang penyanyi remaja, Camilla Swanson yang mempunyai impian untuk membuat persembahan di Broadway memasuki sebuah kem teater muzikal bagi mencapai impiannya. Tetapi segala-galanya telah bertukar menjadi mimpi ngeri, apabila pembunuh bersiri mula membunuh bakal-bakal bintang kem tersebut.

Kami tidak suka menonton Glee tetapi menyukai filem seram, jadi anda boleh bayangkan sebuah filem seram muzikal diterapkan di dalam filem ini. Sudah tentu agak ganjil untuk menontonnya. Jika anda suka pada trailer filem ini dan merasakan ianya okey untuk anda, kami mencadangkan anda menontonnya.

Tarikh tayangan: Mei 2014

4

The Signal

The Signal

Kisah bermula apabila seorang pelajar MIT telah dijejaki oleh seorang penggodam terkenal dan mendedahkannya kepada 'isyarat' lalu memperoleh kebolehan aneh. Kejadian tersebut telah merubah dirinya. Beliau adalah orang yang terpilih, tetapi adakan ianya berguna untuk dirinya.
Mungkin filem ini agak kurang seram pada pandangan kami, tetapi ulasan yang kami dengar dari Buzz bahawa filem ini menakutkan dan unik. Adakah anda bersedia dengan filem seram sci-fi? Tonton trailer ini dan putuskan samada anda mahu menonton filem penuhnya.

Tarikh tayangan: Jun 2014


3

Deliver Us From Hell

Deliver Us From Evil

Seorang pegawai polis New York, Ralph Sarchie dalam penyiasatan untuk beberapa kes jenayah. Beliau bertemu dengan seorang paderi yang mengetahui tentang ritual makhluk halus yang merasuk manusia, bagi merungkai misteri kematian bersiri di dalam bandarnya.

Filem yang agak mempunyai sedikit kelainan dari filem seram lain kerana penglibatan seorang pegawai polis di dalam penyiasatan alam ghaib. Ia seperti sebuah filem seram rumah berhantu tetapi bezanya hantu tersebut berada di sekitar bandaraya New York. Nilaikan sendiri tahap seram filem ini dengan menonton trailer nya, dan tentukan nasib filem ini setelah menonton penuh filem tersebut.

Tarik tayangan: July 2014


2

The Purge: Anarchy

The Purge Anarchy

Filem sekuel kedua ini adalah filem yang paling seram dari yang pertama berpandukan kepada trailer filem ini. Bermula dengan sepasang suami isteri yang di dalam perjalan pulang ke rumah telah kehabisan minyak kereta di pertengahan jalan sebelum pengumuman Purge di lancarkan pada pukul 7 malam.

Di tengah perjalanan mereka melarikan diri dari pelaku jenayah, pasangan tersebut telah bertemu dengan seorang lelaki, Leo, yang keluar untuk mencari dan membalas dendam terhadap individu yang telah membunuh anak lelakinya pada siri yang pertama. Bandar raya itu telah membenarkan segala kegiatan jenayah dilakukan selama 12 jam walaupun mereka membunuh antara satu sama lain. Tiada tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pelaku jenayah pada tempoh tersebut.

Filem ini merupakan filem seram yang kami ingin tonton. Mungkin kerana kami telah menonton siri yang pertama dan mengharapkan siri yang kedua ini adalah lebih baik. Jika anda berpeluang untuk menontonya, jangan lepaskan peluang itu.

Tarikh tayangan: Julai 2014

1

The Green Inferno

The Green Inferno

Sekumpulan pelajar dari New York telah menyertai satu misi bantuan menyelamat sebuah kaum di Amazon. Di dalam perjalan ke sana, pesawat yang dinaiki mereka telah terhempas di dalam hutan tebal, dan telah menjadi mangsa kanibal kepada kaum yang mereka ingin selamatkan pada asalnya.

Jalan ceritanya mengingatkan kami kepada sebuah filem yang agak serupa dengan plotnya, iaitu Cannibal Holocaust. Mengkikut dari trailer filem ini, berkemungkinan besar kami silap membayangkannya, kerana filem ini kelihatan lebih menarik dan nampak seperti kami tidak akan lalu makan untuk beberapa hari.

 

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top