5
Hyperloop
Bayangkan begini: Seorang 'billionaire' telah mereka dan mencipta sebuah kereta elektrik, mendapatkan Laluan Udara Antarabangsa, dan mencipta alternative kepada sistem perbankkan
dengan penuh kejayaan. Bunyi seperti sebuah filem Hollywood, tetapi ianya adalah realiti dan benar. Elon Musk adalah pengasas kepada Tesla Motors, SpaceX, dan Paypal, dan kini telah merevolusikan sebuah pengangkutan awam.
Beliau baru-baru ini telah mengumumkan ideanya kepada umum tentang sebuah sistem pengangkutan yang mempunyai kelajuan luar biasa. Kelajuan yang dimaksudkan adalah sebagai contoh, perjalanan dari bandar San Francisco ke bandar Los Angeles hanya akan memakan masas selama 35 minit sahaja yang jaraknya adalah 920 kilometer. Hyperloop di gambarkan seperti tiub keluli terapung dan kapsul aluminium di mana kemampuan kelajuannya adalah 1,200 kilometer sejam (760 mph), dan boleh mengangkut kereta sebagaimana tujuannya untuk membawa manusia.
Walau bagaimanapun, perancangan sedang di dalam proses pembinaan. Dengan menggunakan nama Hyperloop Transportation Technologies, Inc. telah mengumumkan garis masa untuk menyiapkan prototype pada suku tahun 2015. Hanya masa yang akan menentukan samada ianya dapat di realisasikan, tetapi siapa
yang tahu? 'Masa Depan' akan datang dengan pantas dari yang kita fikirkan.
4
Nuclear-Powered Cars
Apabila sebut saja nuklear, semua orang akan merasa takut akan tenaganya yang mampu untuk menghancurkan sebuah negara, tetapi percaya atau tidak, tenaga nuklear akan menjadi sebahagian hidup kita pada masa depan. Terdapat sebuah syarikat di Amerika yang sedang membangunkan kenderaan yang menggunakan radioactive.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Laser Power System (LPS) telah memberi gambaran tentang manfaat tenaga thorium, unsur radioactive yang sebahagian besarnya bertanggungjawab bagi menjana haba di tengah-tengah bumi.
Ketika negara-negara seperti Amerika, Rusia, dan Iran sedang sibuk menjalankan kajian berkenaan thorium bagi penggunaan loji tenaga nuklear, LPS mempunyai agendanya sendiri. Mereka merancang untuk membangunkan sebuah enjin kereta yang menggunakan kuasa dari sebahagian kecil bahan radioactive. Enjin tersebut akan berfungsi dengan tumpuan haba yang dibebaskan oleh thorium dan menukarkannya menjadi air wap, serta akan memutarkan microturbines untuk menjana tenaga elektrik.
Thorium adalah amat padat, mempunyai banyak tenaga -- sebesar lapan gram nugget ayam sahaja mampu untuk menghidupkan sebuah kereta yang tersadai lebih 100 tahun. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi mengeluarkan wang untuk mengisi minyak kereta selepas ini kerana Masa Depan adalah sangat dekat dengan kita.
3
Supercavitation
Di dalam kejuruteraan nautika, tiada yang lebih pantas daripada supercavitation. Supercavitation berfungsi apabila lapisan buih gas terbentuk di sekitar objek di dalam cecair (bayangkan jika bot tersebut ditenggelamkan dan akan mengeluarkan buih di sekelilingnya). Gas tersebut akan mengurangkan geseran sehingga 900 kali kurang daripada biasa, membolehkan objek untuk bergerak dengan lebih pantas daripada biasa di atas air.
Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa supercavitation adalah aset yang bagus kepada mana-mana armada tentera laut. Selain daripada kelajuan, penggunaan bahan bakar yang jimat adalah satu kelebihan, di samping kelajuan dan reka bentuknya akan menyukarkan sonar untuk mengesan supercavitation.
Untuk mendapatkan kelajuan memecut lebih pantas daripada torpedo, sebuah syarikat swasta bernama Juliet Marine System, sedang berusaha untuk membangunkannya ketika ini. Dipanggil sebagai GHOST, ia digunakan untuk pertahanan--melindungi kapal tentera laut, dan menangkis serangan lanun yang mungkin mencuba untuk menyerang kapal-kapal komersil. Ia juga merupakan feri yang cekap, terutamanya apabila menghantar tentera ke daratan musuh.
2
Martin Jetpack
'The Martin Jetpack' dikuasakan dari saluran kipas dan boleh terbang lebih dari 30 minit dalam satu masa. Ia mempunyai kelajuan maksima di bawah 74 kilometer sejam, dan boleh mencecah ketinggian pada altitude 900 meter (3000 kaki). Keutamaan kenderaan ini terarah kepada pasukan bomba dan penyelamat, dan sedang menunggu maklum balas dari pihak berwajib tentang kegunaannya. Tetapi bagi anda yang ingin mendapatkannya sebagai kegunaan sendiri, bersedialah dengan harganya yang akan mencecah RM 600,000 seunit.
1
Velo-City
Alangkah baiknya jika kita semua dapat menggunakan basikal untuk ke tempat kerja, tiada lagi kesesakan lalu lintas yang lebih memenatkan dan membuang masa sebenarnya, tetapi terimalah kenyataan bahawa--terlalu banyak perkara yang perlu dibuat sebelum menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun ianya mungkin sedikit mudah jika di Kanada.
Pada tahun 2006, Toronto mendedahkan merancang untuk membangunkan 'ultra-quiet transit system' di mana ia seperti sebuah tiub lutsinar bagi kegunaan basikal yang 'berkelajuan tinggi, sepanjang musim, bebas pencemaran dan yang paling penting adalah gaya hidup yang sihat'. Di reka oleh seorang arkitek dari Toronto, Chris Hardwicke, di mana idea asalnya adalah untuk membina tiub di kedudukan yang tinggi bagi kegunaan basikal. Tiub tersebut akan mempunyai teknologi memisahkan laluan mengikut kepada arah angin. Kelajuan basikal di laluan tersebut secara semulajadi boleh mencecah 90% lebih laju dari biasa di mana dalam lingkungan 50 kilometer sejam. Projek yang di beri nama sebagai Velo-Ciy adalah untuk sepanjang musim walaupun di dalam musim sejuk kerana tiub tersebut akan melindungi elemen dari luar.
Walau bagaimanapun terlalu banyak perkara yang baik ketika projek ini di usulkan, Velo-City masih lagi mampu untuk menarik pelabur untuk pembangunannya. Walaupun ianya sudah senyap ketika ini, tetapi ianya tidak di lupakan. Masih ada lagi perancangan untuk menjadikannya realiti, dan hanya masa yang menentukannya.
0 Comments:
Post a Comment