Berikut adalah 7 kisah benar melarikan diri dari penjara sepanjang zaman yang telah saya pilih dan susun mengikut kesesuaian.
1
The Briley Brothers
Pada tahun 1984, 6 orang penghuni Pusat Penjara Mecklenberg termasuk 2 beradik Briley iaitu perancang utama, menunggu masa mereka untuk menjalani hukuman mati. Dua beradik tersebut telah mengesan kelemahan keselamatan kompleks penjara tersebut, lalu merancang pelan melarikan diri dan dibantu oleh 5 orang lagi rakan penjaranya, tetapi seorang telah menarik diri di pertengahan pelan mereka.Selepas pulang dari aktiviti rekreasi petang, mereka melancarkan pelan rancangan dengan salah seorang dari mereka telah menyorok didalam tandas pengawal. Dalam kiraan rambang, beliau keluar dari tandas dan masuk ke dalam pusat kawalan. Dia kemudian membuka kunci penjara yang di kawal menggunakan sistem elektronik dan rakan-rakannya berjaya melumpuhkan pengawal penjara yang bertugas dengan memukul mereka. Dengan memakai pakaian pengawal yang dirampas dan helmet bertutup, mereka berlakon dengan menutup sebuah peti televisyen dengan kain selimut dan bergegas keluar dalam keadaan kecemasan dengan mengatakan TV tersebut adalah sebuah bom. Mereka berjaya melarikan diri dengan tipu helah tersebut, tetapi tidak lama kemudian mereka ditangkap semula. Salah seorang dari mereka hanya 5 batu sahaja lagi untuk sampai ke sempadan Kanada, tetapi menyerah diri kerana cuaca yang begitu sejuk dan kelaparan. Akhirnya ke enam-enam mereka menjalani hukuman mati beberapa tahun selepas itu.
2
Irish Republican Army [IRA]
Antara peristiwa melarikan diri dari penjara yang terburuk di dalam sejarah Britain adalah pada tahun 1983, di County Antrim, Utara Ireland. 38 orang anggota Irish Republican Army [IRA] yang di penjarakan atas tuduhan membunuh dan menyebabkan letupan bom, telah melarikan diri dari Block 7 [H7]. Salah seorang pegawai penjara mati kerana serangan jantung berikutan peristiwa tersebut, manakala dua puluh orang lagi cedera, termasuk dua orang ditembak menggunakan pistol yang diseludup masuk. Penjara Maze di kategorikan sebagai penjara yang kebal dari sebarang cubaan melarikan diri. Dengan 15-kaki ketinggian pagar, setiap dinding dibuat dengan ketebalan 18-kaki konkrit dan di kelilingi dengan pagar dawai berduri, dan semua pintu pagar keluar masuk dibuat menggunakan besi padu serta di operasikan sepenuhnya dengan sistem elektronik. Mereka berjaya melarikan diri dengan menggunakan trak pembekal makanan, tetapi beberapa hari kemudian 19 orang berjaya ditangkap semula manakala selebihnya menyembunyikan diri dan bebas sehingga sekarang.3
Frank Abagnale
Dari kiri: Frank Abagnale, Leonardo DiCaprio, Tom Hanks |
Ketika ditahan di Amerika, Abagnale berjaya melarikan diri, tetapi berjaya ditangkap semula dan disumbatkan ke penjara pusat. Sebagai seorang yang legenda bagi kerja-kerja penyamaran, beliau sekali lagi berjaya melepaskan diri dari penjar pusat, kali ini beliau telah berjaya menipu pegawai-pegawai penjara dengan menyamar sebagai inspektor penjara yang sedang dalam tugasan penyamaran.
4
Alfred Hinds
“Alfie” Hinds merupakan seorang penjenayah Britain dan “artis melarikan diri”, ketika menjalani hukuman penjara selama 12 tahun atas kesalahan merompak, beliau telah berjaya melepaskan diri sebanyak 3 kali. Walaupun rayuannya telah ditolak sebanyak 13 kali oleh mahkamah tinggi, dia akhirnya berjaya mendapat pengampunan dengan menggunakan pengetahuannya di dalam sistem undang-undang Britain. Beliau dikenali sebagai “Houdini” Hinds kerana kemahirannya melepaskan diri dari bilik penjara dengan senyap dan pintu besi yang tetap berkunci, selain dinding yang setebal 20-kaki.Selepas 6 bulan Hinds berjaya di kesan dan ditangkap. Selepas penangkapannya, Hinds memfailkan tuntutan saman terhadap pihak berkuasa, mengenakan tuduhan penangkapan secara haram terhadapnya dan telah mengambil kesempatan di atas insiden tersebut di Mahkamah Undang-undang untuk menyeludup “padlock” bagi rancangannya untuk melarikan diri sekali lagi. Dua pengawal mengiringi Hinds ke tandas, tetapi setelah gari tangannya dibuka, beliau menolak kedua-dua pengawal tersebut ke dalam tandas dan mengunci pintu itu dari luar dengan menggunakan “padlock” yang diperolehi dari rakannya, dan melarikan diri. Selepas 5 jam, beliau telah dikesan berada di lapangan terbang dan ditangkap semula. Hinds telah melarikan diri sekali lagi untuk kali yang ketiga kurang dari setahun di Penjara Chelmsford.
0 Comments:
Post a Comment