Lelaki Dakwa Dihantar Amerika Ke Masa Silam

Kebanyakkan orang ramai tidak beberapa peduli kepada tajuk berkenaan 'Time Machine' dan tidak berminat untuk mengetahuinya. Tetapi saya percaya masih ada yang ingin tahu tentang perkara ini dan inginkan jawapan yang sebenar tentang kewujudan mesin masa ini. Adakah benar wujudnya mesin masa ini? Atau sekadar konspirasi kuasa-kuasa besar dunia untuk menakutkan musuh mereka? Malah di luar negara terdapat individu yang mendakwa berasal dari masa depan. Di mana logiknya? Anda percaya?

Saya adalah individu yang tergolong di dalam kategori tidak percaya tetapi ingin mengetahui sejauh mana kebenarannya. Berapa banyak artikel di lamanweb dari seluruh dunia telah saya baca dan cuba untuk mencari bukti akan kewujudan mesin masa atau si pengembara masa ini. Antara kisah yang ingin saya kongsi di sini adalah mengenai seorang peguam negeri di Amerika bernama Andrew Basiago, yang mendakwa telah di hantar ke masa silam oleh kerajaan Amerika melalui mesin masa ketika beliau masih kecil (kanak-kanak).

Sejak dari tahun 2004, Basiago telah mendedahkan kepada umum bahawa dirinya telah terlibat di dalam "Project Pegasus" sejak dari usianya 7 tahun hingga ke 12 tahun. Program rahsia kerajaan Amerika ini melibatkan kepada teknologi "teleportation" dan "time traveller" di bawah unit "Defense Advance Research Project Agency".


"Mereka telah melatih kanak-kanak dan orang dewasa bagi menguji ketahanan dan kesan kepada mental dan fizikal mereka apabila merentasi masa," Basiago memberitahu kepada The Huffington Post. "Kajian tersebut telah berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak lebih baik menyesuaikan diri berbanding orang dewasa jika merentasi masa ke belakang, sekarang dan masa depan."

Anda ragu-ragu? Anda tidak keseorangan. Seorang ahli fizik Hong Kong bernama Shengwang Du menyatakan bahawa mengembara masa adalah mustahil kerana tiada apa yang lebih laju dari kelajuan cahaya.

Bagaimanapun, Basiago mendakwa apa yang di ceritakannya adalah benar belaka dan mendapat sokongan daripada Alfred Webre, seorang peguam yang pakar di dalam bidang "exopolitics". Webre mendakwa bahawa mesin masa sudah wujud sejak 40 tahun lalu, tetapi digunakan untuk kegunaan yang berfaedah dan bagi perkhidmatan jarak jauh.

"Ianya murah dan mudah dari segi pengangkutan," Webre memberitahu kepada The Huffington Post. "Jabatan Pertahan Negara telah memilikinya  sejak 40 tahun lalu dan [bekas setiausaha pertahan negara] Rumsfeld pernah menggunakannya untuk menghantar tentera ke medan perang."

Mesin ini digambarkan Basiago seperti ini: Mempunyai 2 unit booms yang berwarna kelabu yang jarak di antara satu sama lain adalah 10 kaki, ketinggian pula kira-kira 8 kaki, di antaranya pula mempunyai tirai yang di panggil sebagai "tenaga sinaran" memancarkan cahaya. Tesla telah menemui dan mendapati bahawa bentuk tenaga yang tersimpan di dalam 'tenaga sinaran' adalah meluas di alam semesta dan mempunyai ruang bengkok masa yang  boleh di lalui.

Basiago mendakwa dirinya boleh di lihat di dalam satu foto Abraham Lincoln di Gettysburg pada tahun 1863, di mana beliau telah merentasi masa pada tahun 1972 menggunakan 'Plasma Confinement Chamber' terletak di Utara Hanover, N.J. Beliau telah di pakaikan dengan pakaian yang sesuai pada zaman itu. Dia juga mendakwa bahawa 'kehadirannya' pada ketika itu telah menarik perhatian orang ramai. Selain dari itu beliau juga telah dihantar ke Ford Theater pada malam Abraham Lincoln dibunuh tetapi tidak menyaksikan peristiwa tersebut.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top