Banyak kelab mendakwa bahawa urusan pembelian mereka sudah pun selesai untuk musim panas ini, manakala yang lain masih lagi menjalankan urusan tawar-menawar sebelum tarikh akhir untuk Eropah pada 1 September ini.
Tetapi siapa yang akan berasa angkuh dengan pemain yang berjaya dibeli dengan harga yang tidak masuk akal, dan menjadikan pesaing mereka menjadi cemburu? Adakah tanda harga pemain terbabit sememangnya layak untuk mereka?
Mari kita lihat pasukan mana yang telah membelanjakan wang mereka ke atas pemain dengan bayaran yuran perpindahan yang paling tinggi.
Senarai berikut adalah berdasarkan kepada yuran perpindahan pemain musim 2014-15:
6
Toni Kroos
Negara: JermanYuran perpindahan: £24j [RM126j]
Kelab asal: Bayern Munich
Kelab baru: Real Madrid
Liga: La Liga
Merupakan di antara pemain tengah terbaik dunia, Toni Kroos menjadi tongak utama ketika Jerman memenangi Piala Dunia 2014.
5
Diego Costa
Negara: Sepanyol [asal Brazil]Yuran perpindahan: £32j [RM169j]
Kelab asal: Atletico Madrid
Kelab baru: Chelsea
Liga: Liga Perdana Inggeris
Dari seorang pemain yang kurang dikenali, Diego Simone [ketua jurulatih Atletico Madrid] berjaya menjadikan pemain ini sebaris dengan pemain berkualiti di dunia, menjadi pilihan kesebelasan utama dengan memenangi kejuaraan La Liga dan bermain di pentas akhir Liga Juara-Juara pada musim lepas.
4
Cesc Fabregas
Negara: SepanyolYuran Perpindahan: £35j [RM184j]
Kelab asal: Barcelona
Kelab baru: Chelsea
Liga: Liga Perdana Inggeris
Entah di mana silapnya, Fabregas tidak dapat menyesuaikan diri di Barcelona dan hanya bertahan sehingga 3 musim di kelab elit tersebut. Dengan prestasi yang tidak menentu beliau akhirnya dijual kepada Chelsea dengan harapan dapat mengembalikan statusnya sebagai antara pemain tengah terbaik dunia.
3
Alexis Sanchez
Negara: ChileYuran perpindahan: £35j [RM184j]
Kelab asal: Barcelona
Kelab baru: Arsenal
Liga: Liga Perdana Inggeris
Alexis Sanchez ternyata gembira dengan pilihannya dengan memilih Arsenal sebagai destinasi barunya setelah ditunjukkan jalan keluar oleh Barcelona. Dengan kemasukan pemain ini, beserta beberapa pemain baru yang lain, skuad Arsene Wenger, Arsenal dilihat mampu untuk mencabar kejuaraan liga pada musim 2014/15 ini.
2
James Rodriguez
Negara: ColombiaYuran perpindahan: £63j [RM332j]
Kelab asal: Monaco
Kelab baru: Real Madrid
Liga: La Liga
Memenangi anugerah pemain terbaik di Piala Dunia 2014, ternyata pembelian ini sangat berbaloi berdasarkan prestasinya ketika mewakili Colombia di Brazil Jun lalu.
1
Luis Suarez
Negara: UruguayYuran perpindahan: £75j [RM395j]
Kelab asal: Liverpool
Kelab baru: Barcelona
Liga: La Liga
Biarpun beliau sering menimbulkan kontrovesi dengan menggigit pemain lawan sebanyak tiga kali, Luis Suarez adalah antara penyerang hadapan yang perlu dihormati kerana ketepatannya menyumbat bola ke dalam jaring.
0 Comments:
Post a Comment