7 Ciptaan Dihasilkan Secara Tidak Sengaja

Terdapat beberapa penemuan yang dicipta adalah secara tidak sengaja, tetapi ramai yang tidak mengetahuinya. Jika bukan kerana kemalangan-kemalangan seperti ini, mungkin ianya tidak akan dicipta langsung atau masih gagal untuk dinyatakan. Ini adalah senarai 7 ciptaan yang secara dasarnya adalah penemuan secara tidak sengaja.

7

Viagra

Berjuta-juta lelaki di seluruh dunia berhutang tabik kepada penduduk kampung Merthyr Tydfil, Wales di mana pada tahun 1992, mereka ini bekerja keras menguji ubat angina ini bagi menghasilkan kuasa peningkatan seks yang tidak dijangka itu.

6

Biskut Coklat Chip

Menurut kepada jurucakap Nestle, seorang wanita bernama Wakefield [pemilik kepada Toll House Inn] ingin membuat sejumlah biskut coklat, tetapi telah kehabisan coklat yang biasa digunanya, jadi dia menggantikannya dengan memecahkan coklat bar yang separa manis, menjangkakan bahawa ianya akan cair bersama adunan ketika membakar. Ternyata ianya tidak menjadi tetapi telah 'melahirkan' satu ciptaan biskut yang lebih sedap dan terkenal dan diberi nama 'chocolate chip cookies'. Wakefield menjual resepinya itu kepada Nestle dengan harga mendapat bekalan coklat cip sepanjang hayat [bukan paten.] Setiap bungkusan coklat cip Nestle akan mencetak resepi asal di belakangnya.

5

Microwave

Percy Spencer LeBaron dari syarikat Raytheon, berjalan melalui tiub radar dan telah mendapati cokla bar di dalam poketnya mencair. Menyedari berkemungkinan bahawa dia akan mencipta satu produk yang bagus, beliau cuba meletakkan semangkuk kecil bertih jagung di hadapan tiub dan dengan cepat ianya menjadi masak. Kini, rumah anda tidak akan lengkap jika tiada microwave!

4

Potato Chip

Potato chip yang pertama telah dicipta oleh George Crum di 'Moon's Lake House berhampiran Saratoga Springs, New York, pada 24 Ogos, 1853. Ceritanya, dia menjadi bosan dengan kekerapan pelanggannya yang tidak berpuas hati dengan kentang gorengnya yang terlalu tebal dan basah. Akhirnya Crum memutuskan untuk memotong kentang berkenaan dengan begitu nipis sehinggakan tidak boleh dimakan dengan menggunakan garpu [alasannya kerana marah kepada pelanggannya.] Jangkaan Crum ternyata meleset sama sekali, pelanggannya begitu sukakan 'potato chip' nya itu, dan telah menjadi menu utama dengan nama 'Saratoga Chip,' selain telah menjadi penyumbang utama dunia kepada masalah obesiti.

3

Artificial Sweetener [Pemanis Tiruan]

Seperti kebanyakan pemanis tiruan di pasaran, pemanis ini sebenarnya telah ditemui secara tidak sengaja. Michael Sveda sedang bekerja di makmal pada masa itu dan sedang menguji ubat-ubatan anti-demam. Dia meletakkan rokoknya di atas bangku makmal seketika, dan apabila menghisapnya semula, beliau mendapati rasa manis cyclamate.

Aspartame pula telah ditemui oleh James M. Schlatter pada tahun 1965, seorang ahli kimia yang bekerja untuk GD Searle & Company. Schlatter pada asalnya telah disentisis aspartame dalam menghasilkan sejenis ubat anti-ulser, beliau mnedapati rasa manis serendipitously apabila dia menjilat jarinya, yang secar tidak sengaja telah tercemar dengan aspartame.

Sakarin [pemanis buatan yang tertua di dunia] mula dihasilkan pada tahun 1878 oleh Constantin Fahlberg, seorang ahli kimia yang bekerja di tar arang batu di makmal Ira Remsen di Johns Hpkins University, dan dia adalah orang yang, secara tidak sengaja, menemui rasa manis semula jadi.

2

Brandy

Pada asalnya wain disuling sebagai kaedah alternatif pemeliharaan dan sebagai satu cara yang mudah bagi peniaga-peniaga mengangkutnya. Mereka juga berfikir bahawa wain dihasilkan bagi mengurangkan cukai taksiran kepada pemerintah. Tujuannya adalah untuk menambah air yang dikeluarkan dari penyulingan tersebut dimasukkan kembali ke dalam wain tersebut. Sesuatu yang mengejutkan, apabila hasilnya adalah lebih baik setelah disimpan di dalam tong kayu. Tiada siapa yang pasti siapakah individu pertama yang menemui kaedah ini, tetapi yang pasti arak itu merosakkan.

1

Penisilin

Pada tahun 1928, saintis Scotland Sir Alexander Fleming, ketika itu sedang mengkaji Staphylococcus - bakteria yang menyebabkan keracunan makanan. Pada satu hari beliau hadir ke tempat kerja seperti biasa dan telah mendapati acuan biru-hijau seoalah-olah menghalang pertumbuhan bakteria. Selepas membuat eksperimen lanjut, Fleming mendapati dan yakin bahawa penilisin tidak dapat bertahan cukup lama di dalam tubuh manusia untuk membunuh bakteria patogenik, dan telah berhenti setakat itu pada tahun 1931. Fleming kemudian menyambung kembali penyelidikannya pada tahun 1934 dan terus mencuba sehingga tahun 1940. Kejayaan pembangunan penisilin untuk kegunaan perubatan telah menyebabkan beliau mendapat anugerah Nobel berkongsi dengan Ernst Boris Chain.

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top