6
Sharon Lopatka
Cara kematian: menawarkan diri untuk diseksa dan dibunuh
Sharon Lopatka merupakan seorang usahawan internet yang tinggal di Hampstead, Maryland, Amerika Syarikat, dan sudah bersuami. Beliau yang menawarkan iklan mencari individu yang sanggup untuk menyeksa dirinya secara seksual sehingga mati, telah mendapat tindak balas dari seorang lelaki bernama Robert Glass, dan membuat temu janji untuk berjumpa di Utara Carolina. Sharon meninggalkan nota kepada suaminya yang beliau tidak akan kembali dan meminta suaminya agar tidak membalas dendam terhadap pembunuh dirinya.
5
Francis Bacon
Cara kematian: kerana seekor ayamBacon yang digelar sebagai bapa "empiricisme", merupakan seorang ahli falsafah Inggeris, negarawan, ahli sains, ahli undang-undang, pidato, dan penulis. Antara karyanya yang popular adalah berkenaan kajian saintifik dan sering dipanggil sebagai "kaedah Bacon". Beliau pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara dan Ahli Canselor England semasa hayatnya dan begitu berpengaruh.
Pada tahun 1625, Bacon secara tiba-tiba mendapat ilham untuk menjalankan satu eksperimen, berfikir mengapa salji tidak boleh digunakan sebagai pengawet daging seperti fungsi garam? Tanpa berlengah, Bacon menuju ke pekan terdekat membeli seekor ayam dari seorang wanita. Di rumah, Bacon memulakan eksperimennya dengan menyumbatkan salji ke dalam badan ayam yang sudah mati sebelum itu. Bacon berdiri terlalu lama di luar rumah dengan cuaca yang amat sejuk, dan telah menyebabkan beliau mendapat penyakit radang paru-paru. Eksperimennya di anggap gagal kerana Bacon mati sejurus memakan ayam panggang tersebut.
4
Christine Chubbuck
Cara kematian: menembak diri sendiri secara langsungKerjaya Christine Chubbuck sebagai hos rancangan "Suncoast Digest" dan penyampai berita nasional berakhir di dalam balai berita, dengan membunuh diri di hadapan kamera dan krew produksi yang disiarkan secara langsung. Beliau yang sebelum itu sedang membaca berita, secara tiba-tiba mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diutarakan, dengan memandang tepat ke arah kamera, Christine berkata:
"Selaras dengan dasar Saluran 40 ini yang membawa anda dengan berita terkini bersama darah dan keberanian, serta kehidupan yang penuh warna, anda akan dapat melihatnya sekali lagi dan pertama: percubaan membunuh diri."
Sejurus habis berkata-kata, Christine mengambil pistol di bawah meja beritanya dan menembak kepalanya sendiri. Dia jatuh tersembam ke bawah dan pengarah teknikal dengan perlahan memudarkan rancangan itu menjadi gelap. Seorang jurukamera wanita bernama Jean Reed ternyata tidak percaya dengan apa yang dilihatnya adalah realiti, ketika memandang tubuh Christine yang masih bergerak-gerak selepas menembak dirinya sendiri.
3
Aeschylus
Cara kematian: kura-kura terhempas di atas kepalaKetika Aeschylus melawat Gela di pulau Sicily, legenda mengatakan bahawa seekor helang telah keliru dengan kepala botak beliau dengan menganggapnya adalah seketul batu, dengan menjatuhkan kura-kura di atas kepalanya untuk memecahkan kulit keras haiwan yang berjalan perlahan itu. Sesetengahnya pula menceritakan peristiwa yang berbeza, di mana helang tersebut telah menjatuhkan batu di atas kepalanya kerana menganggap ianya adalah sebiji telur yang besar. Ini bukan sesuatu yang di anggap cerita karut, kerana pada waktu itu burung helang akan menjatuhkan kura-kura atau tulang untuk memecahkannya.
2
Raja Adolphus Frederick
Cara kematian: makan sehingga matiSeorang lagi mangsa bernama Adophus Frederick, yang di kenali di kalangan kanak-kanak Sweden sebagai "raja yang makan diri sendiri sehingga mati". Pada 12 Februari 1771, Raja Sweden yang memerintah dari tahun 1751 hingga 1771 itu, telah menghadiri satu jamuan yang menghidangkan udang kara, dan pelbagai lagi jenis hidangan termasuk "champagne". Beliau telah makan dengan banyaknya sehinggalah kepada hidangan pencuci mulut kegemarannya, iaitu Semla. Semla adalah roti tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dan semolina yang dihidangkan di dalam mangkuk susu panas, di mana satu atau dua buku roti sudah mencukupi. Kerana begitu menggemarinya, raja Frederick telah menghabiskan sebanyak 14 buku roti tanpa henti. Kerana telah mengambil begitu banyak roti dan susu, beliau akhirnya meninggal dunia selepas itu kerana masalah penghadaman.
1
Grigori Rasputin
Cara kematian: lemasGrigori Rasputin adalah seorang petani dan pengamal perubatan mistik, serta di kasihi keluarga diraja Rusia kerana membantu Putera Mahkota Alexei mewarisi takhta. Beliau yang berpengaruh di mahkamah diraja, mempunyai perwatakan yang kasar, tidak terurus dan mempunyai ramai musuh di dalam dunia politik.
Konspirasi untuk membunuhnya bermula dengan cubaan meracunnya, tetapi tidak berjaya. Kemudian mereka menembak kepalanya dari belakang. Ketika pembunuhnya datang untuk memeriksa nadinya, Rasputin terus mencekik leher pembunuh itu tetapi tidak sehingga mati. Rasputin melarikan diri, tetapi pembunuh tersebut terus mengejarnya dan berjaya melepaskan tiga tembakan dari belakang, dan menyebabkan dirinya terpaksa bergerak dengan perlahan kerana cedera teruk, membolehkan pembunuh upahan itu berjaya menangkapnya. Mereka mencampak Rasputin di dalam sungai sejuk yang berais, dan apabila mayatnya ditemui, bedah siasat menunjukkan Rasputin tidak mati kerana ditembak sebanyak empat kali, termasuk satu di kepala, tetapi kerana lemas.
0 Comments:
Post a Comment