Ahli Silap Mata Cuba Jual Dedaunan Hijau Ganja Kepada Encik Polis - Red Mafla

Sejak pengambilalihan Youtube oleh pihak Google, Youtube telah diubah, dinaiktaraf menjadi lebih menarik, teratur dan tersusun. Pihak Google juga telah banyak membuat pelaburan dengan membeli sesebuah laman web apabila sudah terkenal. Setiap pelaburan pasti ada risikonya yang tersendiri, dan tidak semua pelaburan yang pihak Google labur berjaya, ada juga yang kecundang.

Strategi pihak Google sama sahaja dengan pihak-pihak yang lain di mana, pihak Google juga 'suka' menjadikan wang kertas untuk menarik pelayar, pengguna supaya mengunjungi laman web mereka.

Maka dengan strategi wang kertas itu akan diberikan kepada si pemuat naik video di laman Youtube itu, beserta syaratnya adalah video itu mestilah tulen daripada si pemuat naik video, maka pihak Google akan membayar sejumlah wang kertas kepada si pemuat naik video tersebut.

Makanya juga, lahirlah para-para 'Youtubers' hari demi hari yang mempunyai rancangan Youtube mereka tersendiri di laman web Youtube. Dan secara tidak langsung juga, terhasillah berpuluh-puluh video asli daripada para pengguna Youtube ini. Makin unik video anda, makin kembunglah poket bulanan anda!. 

p/s - hanya dengan dua kata kunci, video silap mata ini telah ditonton sebanyak 11,730,207 kali! dayyum!








*Alex Ender*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top