6
Penyamaran
Cara menyamar paling banyak kita lihat adalah dengan menggunakan topeng gas. Berapa kali kita harus melihat senario ini, hero atau penjahat akan melepaskan diri dengan memakai topeng gas dan pihak musuh tidak akan menahannya, tetapi melihatnya sebagai suspek.
Filem: Silence of the Lambs, Ocean’s 11
5
Penembak ke-Tiga
Panjahat hanya beberapa detik sahaja untuk menembak hero, tembakan pun dilepaskan, BANG!, tetapi hero masih lagi berdiri dan menutup mata. Secara tiba-tiba kamera mengalih perhatian kamu dengan mendedahkan penyelamat - orang ketiga yang baru sahaja menembak mati penjahat berkenaan.
Filem: Die Hard, A History of Violence, Independence Day, Reservoir Dogs
4
Dianggap Mati
Berapa kali agaknya kamu biasa melihat adegan ini di dalam filem, terutamanya filem bergenre "thriller"? Orang baik atau hero telah membunuh penjahat [dengan pelbagai cara membunuh] dan orang baik akan menunjukkan wajah kelegaan [sering berpaling kepada penjahat]. Tiba-tiba penjahat tersebut telah bangun semula tanpa sedikit pun menunjukkan rasa kesakitan, dan adegan mengejar orang baik bermula semula. Jika kamu berada di dalam situasi ini di alam nyata, periksa dulu nadi penjahat tersebut.
Filem: Halloween, Live Free or Die Hard, The Matrix, The Terminator3
Tembakan Yang "Teruk"
Jika berlaku adegan tembak menembak di antara hero atau sekumpulan hero dengan kumpulan jahat, hanya hero sahaja yang mempunyai kepakaran menembak dengan tepat, satu peluru satu nyawa. Hero pula akan selamat dari tembakan, walaupun sasaran hanya di depan mata.
Filem: Hampir setiap filem aksi ada adegan ini.
2
Kereta Tidak Boleh Dihidupkan
Kereta adalah teman baik dan boleh dipercayai jika berada di dunia nyata - kecuali di dalam filem! Penjahat akan mengejar orang baik [kebanyakkan mangsa adalah perempuan], orang baik akan berlari mendapatkan kereta, tetapi malangnya kereta tidak boleh dihidupkan, dan... Kamu pasti tahu kesudahannya.
Filem: 28 Weeks Later, Children of Men, House of Wax
1
Kehabisan Peluru
Biasanya berlaku apabila hero atau penjahat melarikan diri daripada musuh sambil adegan tembak-menembak ditontonkan. Akhirnya apabila mereka terperangkap dan musuh berhadapan dengannya, tembakkan pun dilepaskan, tetapi, peluru pula kehabisan. Hero atau penjahat sekali lagi berlari melepaskan diri daripada musuh.
Filem: Desperado, Face/Off, Mr & Mrs Smith
0 Comments:
Post a Comment