8
"Mr. White" Minifigura Pengganas
Dalam trend yang serupa, syarikat yang dikenali sebagai BricksArms telah mencetuskan kontrovesi dengan ciptaan minifigura penjahat, mesra dipanggil "Mr. White." Minifigura ini memakai baju militan di penuhi bom tangan dan berseluar hitam, dilengkapi dengan pistol, senapang, dan RPG. Malah kepala dan mukanya juga dililit dengan kain putih yang kelihatan ketara merujuk kepada pengganas Islam.Sebuah pertubuhan Islam yang dikenali sebagai Yayasan Ramadhan melabelkannya sebagai "memuliakan keganasan." Pengasas kepada BrickArms, Will Chapman menyatakan bahawa minifigura itu bukanlah pengganas, tetapi hanya "run-of-the-mill bandit" tanpa kemahiran dan personaliti yang ditetapkan.
7
The Simpsons
The Simpsons, adalah satu rancangan animasi keluarga berkulit kuning yang menetap di bandar fiksyen Springfield. Penduduk yang berwarna-warni, Springfield adalah kartun yang sesuai untuk bekerjasama bersama LEGO. Bagaimanapun, berkenaan hal orang dewasa yang ditonjolkan di dalam siri tersebut, sudah tentu tidak sesuai kepada kumpulan garis umur permainan ini.Apabila LEGO mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan set bertemakan Simpsons pada 2014, ramai ibu bapa yang bimbang akan situasi tersebut, kerana siri itu tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. BrickArms masih belum membuat pengumuman rasmi berkenaan perkara itu, tetapi jurucakap kepada syarikat menjamin kepada pengkritik bahawa set siri berkenaan bertujuan untuk pengumpul dan peminat rancangan televisyen tersebut.
6
Pelekat Jenaka Pekerja Pembinaan
Kepada sesiapa yang pernah bermain "video game" LEGO pasti tahu akan jenaka "hand-in-hand", tetapi seorang bapa kepada dua anak, Josh Stearns tidak menganggap pelekat yang berbunyi "Hey babe!" adalah satu jenaka.Josh Stearns, yang juga merupakan Pengarah Kempen Free Press, telah mencatatkan aduan kenyataan seksis itu di dalam talian, dan menganggap ianya adalah sindiran dan tidak boleh dianggap sebagai satu jenaka. Aduan tersebut telah mendapat perhatian daripada LEGO dan merasakan wajar untuk memberikan jawapan. LEGO telah menghantar bukan satu, tetapi dua e-mail kepada beliau, yang pertama daripada Ketua Komunikasi Korporat, Charlotte Simonsen, dan yang kedua daripada Andrea Ryder, Ketua Jabatan Pelesenan Berangkat, mengandungi mesej yang lebih sopan dan memohon maaf kepada kesilapan dan kecuaian mereka di dalam perkara itu, serta akan menghentikan produk tersebut di dalam pembuatan.
5
Istana Hutt "Jabba"
Selain kontrovesi yang melibatkan "Mr. White," set "Jabba Hutt Palace" ini dikatakan menyerupai masjid sebenar di Istanbul dan Lubnan. Masyarakat Islam Turki di Austria telah mengisytiharkan bahawa set tersebut adalah satu penghinaan kepada prinsip agama Islam, yang mengambarkan penjahat galaksi itu sebagai pemilik istana adalah sesuatu yang menyakitkan.Pada 2013, set tersebut telah dihentikan dan perkara itu telah tersebar dengan meluas di dalam internet, menganggap itu adalah satu kemenangan kepada rakyat Turki. LEGO menafikan pemberhentian set itu bukanlah kerana desakan kepada kenyataan Masyarakat Islam Turki, tetapi kerana penjualan yang tidak stabil telah mengakibatkan produksi itu dihentikan setelah dua tahun di pasaran.
4
Warna Kuning
Di awal kemunculan, LEGO telah membuat keputusan untuk menyatukan semua bangsa minifigura mereka di dalam satu warna, dan warna itu adalah warna kuning. Menurut Michael McNally, pilihan warna tersebut adalah kerana apabila individu bermain dengan minifigura tersebut, mereka boleh membayangkan sesiapa sahaja walaupun individu di dalam kehidupan seharian mereka. Untuk beberapa dekad, set LEGO telah menggunakan warna kuning kepada setiap minifigura mereka, sehinggalah mereka mencipta Lando Calrissian.Setelah LEGO mendapat hak untuk membuat set "Star Wars," semuanya kelihatan baik untuk meletakkan warna kuning untuk setiap watak, kecuali Lando. Apabila LEGO tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk mewujudkan watak epik tersebut, orang ramai 'berteriak' agar tidak mengetepikan kesaksamaan kaum di kalangan minifigura. LEGO akhirnya terpaksa menangani fakta bahawa pembuatan minifigura kuning tidak akan termasuk di dalam kaum yang mempunyai nada warna yang lebih gelap. Sejak itu, LEGO telah mencapai kemajuan untuk memasukkan warna kulit yang bukan sahaja menggambarkan kaum sebenar, tetapi juga menunjukkan spektrum warna yang lebih luas.
3
Set Wanita
Bukan menjadi satu rahsia bahawa permainan LEGO adalah lebih cenderung kepada kanak-kanak lelaki, walaupun secara dasar LEGO menyatakan produk mereka adalah untuk semua jantina. Bagi menentang kepada fakta tersebut, LEGO telah mengeluarkan set bertema "Friends" yang khusus untuk kanak-kanak perempuan. Set bata yang menampilkan merah jambu dan ungu, aksesori seperti gincu dan dompet, dan profesion seperti pembuat roti dan kecantikan.Apabila pengumuman dibuat, beberapa komentar di dalam Facebook menunjukkan perasaan marah kerana bersikap prejudis terhadap wanita. Tidak menggambarkan minifigura tersebut sebagai peguam atau doktor, set itu mengukuhkan stereotaip bahawa wanita hanya mementingkan penampilan dan kecantikan sahaja. Walaupun set tersebut menjadi popular dan laris dipasaran sejak dilancarkan, ramai yang berpendapat bahawa profesion yang ditonjolkan tidak bersesuaian dengan gadis masa kini.
2
"Death Camp"
Pada tahun 1996, seorang artis dari Poland bernama Zbigniew Libera meminta "bricks" daripada LEGO Group untuk membangunkan rekaan terbarunya. Berharap untuk mendapat publisiti yang positif, LEGO bersetuju untuk membekalkan "bricks" kepada artis berkenaan, dengan tidak mengetahui apa yang ingin dibangunkan oleh Libera. Selepas menyiapkan hasil seninya kepada LEGO, dan bersedia untuk tontonan umum, semua yang hadir telah terkejut kerana Libera telah menghasilkan kem tahanan yang mengerikan, serupa dengan kem tahanan Auschwitz yang terkenal.Pada awalnya, konsep ini dianggap tidak sebaik mana kerana memaparkan sisi yang gelap. Bagaimanapun, Libera mendakwa, ini adalah dari pandangan sudut artistik dan tidak berniat untuk mengenang kembali kepada peristiwa Holocaust. LEGO pada mulanya meminta Libera untuk tidak menunjukkan karyanya itu kepada umum, tetapi setelah sekian lama, mereka bersetuju untuk ditontonkan kepada khayalak. Karya seni Libera ini, kini boleh dilihat di Muzium Seni Moden di Warsaw, Poland.
1
"Breaking Bad"
Sebuah siri rancangan televisyen "Breaking Bad" terbitan AMC, berkisar tentang seorang guru chemistry yang memproses dadah dan menggunakan bekas pelajarnya untuk menjadi pengedar. Secara tidak langsung, satu set "Breaking Bad" yang diperbuat daripada "bricks" LEGO boleh didapati di dalam talian dengan harga $250 [RM789]. Beberapa pengikut Tweeter menyuarakan kebimbangan berkenaan perkara ini, kerana ianya tidak sesuai dengan kanak-kanak dan akan mengelirukan mereka.Mungkin kamu akan berkata "tidak mungkin LEGO akan mengeluarkan produk seperti itu," kamu sememangnya tepat. LEGO mengesahkan mereka tidak pernah mengeluarkan set tersebut, walaupun produk tersebut mencatatkan ianya adalah diperbuat oleh LEGO. Sebuah syarikat bebas Citizen Brick membeli kepingan LEGO dan kemudian merekanya semula untuk mengeluarkan set yang bukan menjadikannya set permainan sebenar, dan akan menggunakan tema seperti dadah dan seks.
0 Comments:
Post a Comment