7
Lightsabers - Star Wars
6
Teleportation - Star Trek
Walaupun peranti "teleportation" sci-fi ini boleh dianggap sebagai bukan senjata, tetapi teknologi ini sudah pasti boleh digunakan untuk tujuan baik dan jahat. Persoalannya samada peranti ini boleh dibangunkan dan wujud di dunia nyata; jawapannya adalah "mungkin boleh".Saintis dari Joint Quantum Institute di University of Maryland dan University og Michigan telah meneroka berkemungkinan teleportation boleh diwujudkan. Pasukan JQI telah menunjukkan bahawa tidak mustahil untuk memindahkan maklumat melalui foton. Untuk menyempurnakan tugasan ini, mereka meletakkan dua ion di dalam vakum yang dikelilingi oleh medan elektrik. Kemudian mereka menggunakan nadi laser untuk mewujudkan satu keadaan kuantum, yang pada dasarnya untuk membolehkan dua atom menggantikan entiti dari tempat asal ke ke tempat lain. Dari satu segi, mereka boleh memberi maklumat antara satu sama lain dengan menggunakan "teleportation". Langkah seterusnya, pasukan JQI akan meningkatkan ketepatan foton dan mewujudkan komunikasi yang lebih cepat dan lebih cekap. Satu hari nanti teknologi ini akan mampu untuk "teleportation" manusia pula.
5
Time Machine - Back To The Future
Dengan hanya berkelajuan 88 batu sejam kita tidak akan boleh melompat ke abad yang berbeza seperti di dalam filem "Back To The Future", dan kita juga tidak akan boleh melawat masa depan dengan hanya duduk di dalam kotak empat segi seperti yang kita bayangkan. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna peranti mesin masa tidak pernah wujud. Albert Einsten dapat menunjukkan masa itu pada dasarnya adalah elastik dan mampu merenggang dan mengecut dengan gerakan. Penjelajahan masa sepatutnya adalah tidak mustahil, masa itu boleh dipercepatkan dengan meningkatkan kelajuan. Ini boleh dilihat pada bintang-bintang dan planet-planet yang jauhnya adalah beratus tahun kelajuan cahaya dari bumi. Di samping itu, Einsten juga mendakwa bahawa graviti adalah faktor masa juga. Jadi, secara teori penjelajahan masa adalah tidak mustahil, bagaimana pula dengan mesin masa?Mesin masa di katakan akan berfungsi dengan membengkokkan kontium ruang-masa supaya garis gelung masa akan kembali bersatu untuk membentuk "menutup masa-seakan lengkungan". Bagi mewujudkan gelung seperti itu, mesin masa memerlukan perkara eksotik dengan ketumpatan tenaga negatif. Perkara ini berpotensi wujud, tetapi tidak cukup untuk membina sebuah mesin masa. Terdapat kajian menunjukkan bahawa mesin masa boleh berfungsi tanpa proses eksotik seperti di atas. Ini memerlukan penciptaan vakum jika tidak menggunakan proses eksotik tersebut untuk menembusi, membenarkan kontinum ruang-masa membengkok ke atas satu sama lain. Teori ini mewujudkan komplikasi dan menganggap hampir mustahi untuk memanipulasi medan graviti, tetapi ianya meninggalkan asas teori bagi mana-mana peranti.
Untuk menguasai ilmu ini dan membina peranti mesin masa yang benar-benar jadi, akan melakukan banyak percubaan dan kesilapan, penyelidikan dan nasib. Jika mesin masa ini wujud pada masa akan datang, ia boleh menjadi senjata yang paling dasyat daripada mana-mana senjata yang kita ada sekarang.
4
EMP Blast - Matrix
Anda mungkin masih ingat kepada nadi elektromagnet [EMP] yang digunakan di dalam filem Matrix untuk menghentikan mesin dan menjatuhkan hovercraft. Idea senjata yang boleh mematikan semua peranti elektronik menggambarkan sesuatu yang menakutkan dicipta dari filem fiksyen sains. Kenyataannya EMP wujud di dalam kehidupan sebenar, dan ia lebih menakutkan daripada apa yang kita bayangkan.Satu letupan yang bersaiz sederhana akan memusnahkan apa sahaja peranti eletronik yang berdekatan. Jika satu letupan yang betul-betul disasarkan ke atas Malaysia, ia boleh menyebabkan seluruh benua Asia akan merasa kesan denyutannya. Bahkan beberapa senjata gelombang mikro EMP yang kecil mampu untuk melumpuhkan sesebuah bank, mematikan penggera dan sistem keselamatan, tidak terkecuali jika serangan dilakukan seperti di bursa saham. Dilaporkan bahawa Korea Utara telah menjalankan eksperimen dengan teknologi dari Rusia untuk mewujudkan senjata EMP yang mampu untuk melumpuhkan peralatan elektronik ketenteraan. Ia adalah satu prospek yang menakutkan untuk dipertimbangkan, malah Keanu Reeves pun tidak akan mampu untuk menyelamatkannya.
3
Neuralyzer - Men In Black
Sejenis alat yang digunakan agent "J" dan agent "K" di dalam filem fiksyen sains Men In Black iaitu neuralyzer agak boleh dikatakan senjata yang cool. Saiz yang lebih besar sedikit daripada sebatang pen dan boleh dimuatkan di dalam poket jaket, mampu untuk memadamkan memori manusia bermula dari mana yang pengguna mahukan hanya dengan menggunakan cahaya flash. Walaupun sehingga kini saintis masih belum membangunkannya lagi, tetapi mereka telah melakukan beberapa eksperimen menyunting memori manusia, dan menunjukan kejayaan. Beberapa penyelidik dari New York telah mencipta sejenis ubat eksperimen baru yang mampu menyekat PKMzeta-kotak menyimpan memori. Selepas pengambilan bahan tersebut, kandungan dadah yang di dalamnya akan mencapai kawasan-kawasan otak yang memegang memori tertentu yang berkaitan dengan emosi. Penyelidikan ini masih lagi di dalam peringkat permulaan, dan hanya diuji menggunakan tikus makmal.Walau bagaimanapun, ahli-ahli sains cukup yakin bahawa teknik memotong memori boleh berjaya jika digunakan kepada manusia. Kajian yang dilakukan ini dianggap sungguh tidak beretika, walaupun berkemungkinan besar akan digunakan untuk merawat demensia dan penyakit-penyakit lain, kita tidak boleh menolak penggunaan neuralyzer kepada manusia satu hari nanti biarpun masih jauh.
2
Doomsday Machine - Doctor Srangelove
Doomsday Machine telah menakutkan orang ramai sejak ia dicipta di dalam fiksyen sains. Walau bagaimanapun, plot Dr. Strangelove - di mana Soviet meletupkan dunia tidak boleh dianggap sebagai fiksyen. Pada tahun 1984, Kesatuan Soviet sebenarnya telah membina sebuah "mesin hari kiamat" yang dipanggil Perimeter. Ia dikendalikan secara teliti dengan sistem pencetus ditempatkan di seluruh negara dan direka untuk mensasarkan kepada Amerika Syarikat. Dianggarkan jika senjata ini melepaskan pelurunya akan mampu untuk membunuh 100 juta manusia. Bahagian yang menakutkan adalah Perimiter ini masih aktif, dan tiada siapa yang berani tampil untuk membangkitkan perkara ini [walaupun dokumen mengenai program ini telah diterbitkan sejak 20 tahun lalu]. Samada Doomsday Machine wujud seperti Perimiter millik Rusia ini, di negara lain, tiada siapa pun yang tahu.1
Extremis Virus - Marvel Universe
Virus Extremis dari Marvel Universe pada asalnya digunakan sebagai agen penyembuhan bagi regenerasi anggota badan yang dipotong sebelum berkembang untuk memberikan kebolehan luar biasa. Sains yang melibatkan regenerasi anggota badan manusia [cara seperti reptillia] atau mewujudkan anggota badan yang lebih baik di dalam "perjalanannya" untuk dijadikan realiti. Ia boleh di kelaskan sebagai senjata, kerana berpotensi untuk menjadikan manusia itu seperti tidak dapat dihapuskan. Pada masa ini, sains masih belum lagi dapat menjana atau menumbuhkan anggota badan manusia, tetapi kunci kepada masalah itu terdapat pada kuku kita.Penyelidik di NYU Langone Medical Center menggunakan tikus genetik untuk menguji siri proses yang berlaku kepada kuku yang akan tumbuh dengan sendirinya. Mereka berharap dengan penemuan mereka nanti boleh digunakan untuk pertumbuhan semula anggota badan pada masa akan datang. Eksperimen ini memberi tumpuan kepada sel-sel stem dari dalam kuku, yang merangsang kepada pertumbuhan. Para penyelidik mendapati bahawa sel-sel terbabit bergantung kepada protein yang dikenali sebagai "Wnt signaling network", protein yang membantu pertumbuhan folikel rambut dan kuku. Dengan memanipulasi isyarat NTB, penyelidik boleh mencetuskan pertumbuhan di kawasan-kawasan yang biasanya tidak akan berlaku. Langkah logik yang seterusnya adalah dengan memberi tumpuan kepada proses molekul yang mengawal bagaimana isyarat berinteraksi dengan sel-sel stem untuk menghasilkan pertumbuhan semula. Keupayaan untuk mencipta generasi tentera super mungkin tidak mustahil tidak lama lagi, dan ianya lebih cepat dari yang kita jangkakan.
0 Comments:
Post a Comment