Video Klip Bangkit Mengetengahkan Tulisan Jawi dan Lirik Yang Mendalam, Penuh Bermakna dan Emosi - Tabik Dari Kami Red Mafla

Bangkit, lagu yang pada kami ianya sangat bermakna. Kolaborasi oleh DJ Fuzz , Altimet dan juga Salam. Lagu ini mempunyai lirik yang sangat mendalam sebagai peringatan. Sudah terlalu jauh dan terlekakah kita . . . 

Bak kata Hang Tuah, '' tak akan melayu hilang di dunia'' ada sambungannya. '' Tak akan melayu hilang di dunia, selagi kita mengikut ajaran islam yang sebenar'' , wallahualam ungkapan sambungan ini benar ataupun tidak.

Jangan sesekali ditanya tentang Hang Jebat, nanti tok Hang Tuah hanya menundukkan kepala dan rasa hiba. Ada juga khabar mengatakan Hang Jebat sebenarnya tidak ditikam, darah itu hanyalah wayang semata-mata.

Jika saya mengatakan hang Tuah masih hidup dan dia juga adalah salah seorang jemaah yang akan pergi berperang menegakkan agama suci Islam, adakah anda akan menghentam kenyataan saya ini ?

Pulau Besar di Melaka, sudah tentu ramai yang mengenali tempat keramat itu. Ini kerana pada masa dahulu, ramai orang pergi bertapa di sana. Mendekatkan diri dengan Allah S.W.T . Oleh sebab itu, Pulau Besar tidak boleh dicemari dengan hotel yang mempunyai air syaiton. Hanya pusat tahfiz Al-Quran sahaja yang dibenarkan di buka di sana.

p/s - Fakta ringkas di sebalik tabir di negara tanah tumpah darahku oh Malaysia -

  • Alhamdulillah, di Malaysia ni masih banyak para wali.
  • Panglima hitam, di hujung lidahnya ada calitan hitam. Khabarnya dia membelah batu dengan lidahnya. Batu itu ada di Pulau Besar.
  • Pernah suatu ketika dahulu, askar Malaysia membuat latihan menawan puncak di Gunung Ledang. Bila mereka sampai di puncak, mereka terperanjat ada askar yang menunggu mereka dan menghalakan senjata kepada mereka dengan berpakain serban dan jubah. Siapakah mereka itu ?



Lirik Lagu Bangkit

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Sedia rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segerombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan biar ada yang berlubang

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat petua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi pokok pun tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja, Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langkah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat petua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi pokok pun tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Kemudian

Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit, bangkitlah semula
Bangkit, tawanlah semula
Bangkit, kau umpama cahaya

Bangkit - DJ Fuzz x Altimet x Salam (Official Lyric Video )


*Alex Ender*

Artikel RedMafla Yang Korang Tidak Mahu Terlepas :

0 Comments:

Post a Comment

Scroll to top